Friday, November 27, 2009

Harga Sebuah Pengorbanan

Da lama tak berkesempatan untuk post something on my blog.. Sori to all.. Apa-apa pun dikesempatan mulia ini saya mengucapkan Salam Eidul Adha pada semua..





Monday, October 12, 2009

Sah ke..??

"Dulu time abg first2 nk kawin dengan isteri abg, tau tak apa soalan first isteri abg tanya..?", ujar seorang lelaki padaku.


"Em isteri abg tanya apa..?", aku soal semula atas rasa ingin tahu.

"Dia tanya abg, awak boleh baca qur'an x..?"

"Pastu abg jwb ape?", tibe2 aku terasa gelojoh pula.keinginan untuk tahu mula membuak2..Abg? alamak..takpela.Wpon aku agak kekok, aku memaksakan diriku untuk memanggil dy abg sbb dy awal2 lagi dah membahasakan dirinya abg...

"Abg jawab la, boleh..then dia bagi Quran suruh abg baca.. abg pun try baca surah fatihah dari bismillah sampai habis..Diorang cakap betol..sebab, sahnya solat membaca al-fatihah", sambung lelaki tuh.

"Ok..how about solat?"

"Lepas itu, dia pon suruh abg solat..dari rakaat pertama sampai akhir..Sebab, Allah taala menghisab solat kita, bukan harta kita..bukan haji kita. Patutla solat jadi ukuran", sambungnya lagi.


"Owh..", respon singkat dari aku. 'Bagus isteri dia ni..untungnya dia..', hatiku berbisik. Cuma soalan first isteri dia berbeza dengan sedikit dengan soalan 1st aku dlu. First soalan yang biasa aku akan tanya adalah pasal solat dulu..then baru soalan reti atau tidak membaca Quran.

Yang sebenarnya, aku sengaja papar kisah perbualan aku dengan lelaki itu kat sini sebab aku nak higlight kan disini bahawa, untuk pengetahuan kawan2 sekalian...kalau tak betul bacaan fatihah dalam solat, solat itu tidak dikira sah..huhu..maksud ayat BETUL BACAAN itu, ialah 100% betul dari segi tajwid dan bunyi makhraj hurufnya..

So lepas ni boleh la masing2 ketemu sama ustaz mahupun mana2 ustazah untuk semak bacaan fatihah korang..untuk membolehkan solat korang dikira sah..( Bacaan fatihah yang betul adalah salah satu syarat sah solat)


p/s :: Sebenarnya aku pun baru je tahu sal ni.. Next Week aku pergi kursus bacaan Al-Fatihah di Seberang Perak, Perak Darul Makmur..yeaahaa =)

Sunday, September 27, 2009

beSt s0ng..

Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out

Bisilaahil haqqil battari
By the weapon of truth (meaning that they are the people who have the right, the right will always go back to its owners one day, no matter how long wrong lasts)
Sanu harriru ardhal ahraari
We'll free the land of the frees (meaning that their dignity always made them free)
Wanu`eedul tuhraa ilal qudsi
We'll return the pureness of Islam to Al-Quds (meaning it wasn't pure under non Muslim leadership)
Min Ba`didh-dhuli wadhal `aree
After our weakness our humiliation

Wa sanamdhi Nadukkum-Ma'aqilahum
We'll carry on bring down their fortresses
Bi dawyyin Daamin Yuqliquhum
With strong sounds that will scare them
Wa sanam hul `ara' Bi`ayy-deena
We'll erase our humiliation by our own hands
Wa biqullil quwwati Narda'uhum
With all force we'll stop them

Lan Nardha Bijuz-in Muhtallin
We'll never accept a slain part of our lands
Lan Natruka Shibral-lildh-dhulli
We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with
Satamourul ardhu Wa tahriquhum
The Earth will burst in flames and burn them
Fil ardhi Baraakeenun Taghli
In Earth there is volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain rights taken)

Artist: Tariq Jabir

Saturday, September 26, 2009

Mangkuk Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., dan 'Ali r.a., pergi bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a, isterinya Sayidatina Fathimah, puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk Yang Cantik, Madu, Dan Sehelai Rambut).

Abu Bakar r.a. berkata,
"Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata,
"Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

Uthman r.a. berkata,
"Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata,
"Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha. pula berkata,
"Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata,
"Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amalan yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata,
"Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman,
"Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Wednesday, September 23, 2009

Hari Kemenangan Umat Islam

I juz wanna wish "Selamat Hari Raya Aidilfitri" for all my friends..n mohon maaf zahir dan batin andai aku ada salah dan silap..oh sebelum terlupe nk inform, ni picca family kitorang plus atok n nenek belah ayh..hehe..sweet x?hehe..tema kaler raye thun ni lebih kurang antara ungu takpon biru..tapi tu la..ada sorang sesat berbaju coklat kerna bliao nak gak pakai coklat.haha..



Monday, August 24, 2009

Ramadhan untukku

Salam buat sahabat handai dan kaum kerabatku yang ku sayang-sayang..Aku mohon maaf setelah agak lama tidak meng'usha' blogku atas sebab kekangan nikmat masa yang DIA berikan padaku untuk diperuntukkan menulis blog ni..

Cantik sekali nikmat Allah dimana DIA telah memilih akhir Bulan Ogos sebagai bermulanya detik Ramadhan Kariim. Bila sebut pasal Ramadhan ni, kita selalu disogokkan dengan amalan bersahur(bila ada sahur,pastinya ada berbuka, right?) , tarawikh (Alhmdulillah untuk sape2 yang buat 20 rakaat..hehe), dan mengaji Qur'an disamping menjaga segala pandangan, pendengaran dan percakapan..

Tapi, pernah tak korang fikir bahwa Ramadhan ni seolah2 adalah saat kelahiran kita yg baru? In short, bayi yang tiada dosa..? yang bersih hatinya? yang putih pemikirannya? yang hanya tahu erti menangis seolah tanda takutnya dia pada Allah dan pada cabaran yang bakal ditempuhi didunia?

Alhamdulillah...syukur ya ALLAH..
kerna KAU mengurniakan kesempatan untukku bertemu lagi dengan bulan ini (Ramadhan) sebagai wasilah untuk ku perkemaskan kembali iman dan kecintaanku padaMU...


Alhamdulillah...syukur ya ALLAH..
kerna KAU kurnikan pula ganjaran buatku di bulan Ramadhan ini satu malam yang lebih baik dari seribu bulan..malam penuh keberkatan dan kerahmatan..sebagai bukti KAU tak pernah mengabaikan aku walaupun aku kadang2 terlupa akan nikmat-nikmatMu..

Monday, July 6, 2009

duNia sebenaR seMester 5

Tak termasuk bulan ni...kalau tak salah otakku mengira, tinggal lagi 3 bulan sebelum aku menamatkan semester 5..bila sebut semester 5, tak mustahil la kalau ianya boleh dikatakan semester yang paling sibuk..macam-macam nak kena setelkan..

1. Assignment (for sure la..perkara wajib..hehe)
2. Final Project (wajib untuk mereka yang da nk 'blah' dari
kuis..mcm aku..uWaa)
3. Industrial Training ( kena pikir sendiri target lokasi..buat
resume..cover letter..application letter...dan transkrip result
seluruh semester yang lepas )
4. Examination (mid sem + finaL..)
5. Kursus Pembangunan Keluarga

Sebut pasal Assignment, 1 minggu tak sah kalau x wujud aSSignment dari lecturer terchenta khas untuk anak-anak didiknya...itu belum lagi termasuk tahap kepayahan menyiapkannya..ahaha...Kalau secara individu mungkin kita boleh manage time sendri..tapi kalau berkumpulan..?? disitula akan wujud istilah pengorbanan tiap ahli ( dari segi masa, wang ringgit, dan usaha ).. dalam sedar tak sedar, semuanya memainkan peranan penting dalam menghasilkan hasil kerja yang memuaskan..dan inilah sebenarnya bukti cinta para guru terhadap pelajarnya...hehe..
Final Project pula..kami berdua (akmaL + aku) masing-masing memerah otak dan keringat memikirkan idea-idea best untuk penghasilan project yang memuaskan dan cemerlang..hohoho..Final Project yang diberi nama Fall in Love with Mandarin (FILM) masih lagi dalam proses pembikinan..hu..awal bulan 8 daa nak kena submit..ya ALLAH permudahkan la urusan kami..amean..
Memandangkan pihak fakulti KUIS tak menempatkan pelajar-pelajar mereka di tempat yang khusus untuk praktikal..makanya, kami selaku student terpaksa la memikirkan dan mencuba sendiri untuk memperlayakkan diri masing-masing ke mana-mana lokasi yang kami pilih sendiri dengan syarat, tempat tu mestilah berkaitan dengan bidang kami..hehe..Jadi aku pon memberanikan diri untuk memohon di 10 company yang aku pilih sendiri seperti yang tersenarai di bawah..haha..
  • New Straits Times Press (NSTP)
  • Media Prima Berhad TV3
  • Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
  • Les'c0paque
  • Telekom Malaysia Berhad
  • Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS)
  • PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
  • Tayangan Unggul Sdn Bhd
  • epr0tea techn0. Sdn Bhd
  • Innopeak (M)

Dan nampaknya semester ni, final exam jatuh pada bulan yang mulia iaitu..RAMADHAN KARIIM...hehe..sem0ga lebih berkat~ amean.. Bonus untuk sem ni, aku terpaksa amik 2 subjek bahasa english..howaaa... Makanya jumlah paper keseluruhannya yang kena ambil + jawab adalah 5..huhu. Lupa nak mention, semester ini juga kami dikehendaki menduduki exam MuET..(bagiku untuk kali kedua sebenarnya)..haha..apa-apa pon..chaiyok, naJwa!! =)

Kursus Kawin atau nama lainnya adalah Kursus Pembangunan Keluarga..ahaha..antara aktiviti wajib kolej kepada para senior2..hehe..dimana, kursus ini membantu menguatkan asas2 yang penting sebelum membina maSjiD..hehe..Kawin tu suNat, oiii...ahaha..malah boleh menjauhkan diri daripada maksiat..sem0ga k0rang cepat kawin!!haha (khas untuk budak bilik..hehe)

Thursday, June 11, 2009

itulah s.U.s.U

Susu..susu..dan susu. Sedapnyaaa la..hehe. Siapa yang tak minat minum susu, bagi aku, dialah manusia pelik kat dunia ni. Bukan ke korang dah diajar minum susu masa mula-mula kenal dunia? Dan pernah tak terfikir..kenapa susu? kenapa tak air lain...? hehe.. itulah yang dikatakan keajaiban susu. Subhanallah, Maha suci Allah yang menciptakan susu.. Malahan hebatnya susu ini sehingga diperakui oleh Nabi kita, Muhammad s.a.w sendiri..Sebagaimana dalam hadisnya yang berbunyi,

Dari Ibnu Abbas r.a,dia menceritakan:

"Bersama Rasulullah s.a.w, aku dan Khalid bin Walid menemui Maimunah, lalu dia(Maimunah) membawakan kami satu benjana berisi susu,lalu baginda meminum sebahagian darinya. Pada waktu itu, aku berada di sebelah kanan baginda,sedangkan Khalid berada di sebelah kirinya. Kemudian baginda berucap kepadaku,'selanjutnya minuman ini gilirinmu,jika engkau berkenan,berikan kepada Khalid. Kemudian baginda bersabda, 'Tidak ada makanan dan minuman yang menandingi susu."
(Hadist riwayat Ibnu Majah)

Bukan setakat tu saja..hebatnya susu ini sehingga tercatat dalam sejarah agung Isra' mikraj Rasulullah s.a.w ketika mana beliau telah dibawakan malaikat Jibril 2 bekas air yang berbeza iaitu susu dan arak. Akan tetapi baginda memilih susu. Maka telah dikatakan kepada beliau: Kamu membuat pilihan yang tepat! Allah menghendakimu dan umatmu dalam keadaan fitrah iaitu kebaikan dan kelebihan. Kemudian difardukan pula kepadaku sembahyang lima puluh waktu setiap hari kemudian diceritakan kisah seterusnya hingga ke akhir Hadis.

Walaubagaimanapun, kandungan susu berbeza mengikut spesies masing-masing. Faktor seperti kandungan laktosa, perbezaan kandungan dan saiz (globule) lepa lemak dan kekuatan (curd), dibentuk oleh enzim manusia menghadamkan susu, boleh berbeza antara mamalia dengan mamalia lain. Sebagai contoh:
  • Susu manusia cair dan kaya dengan laktosa, kebanyakannya gula.
  • Susu lembu lebih rendah kandungan gula dan tinggi dalam protein, dan mengandungi sekitar 3.5% hingga 6.5% lemak susu, 4% hingga 8.5% pepejal susu dan sekitar 88% air. Protien utamanya (80%) merupakan kasein, sementara protein whey membentuk bakinya.

Laktosa di dalam susu dihadamkan dengan bantuan enzim laktase dihasilkan oleh tubuh bayi. Bagi manusia, penghasilan laktasa menurun kearah dewasa (bergantung kepada gen seseorang), dalam kebanyakan kes sehingga tahap dimana laktosa tidak dapat dihadamkan, mendorong kepada ketidaktahanan laktosa, keadaan gastrointestinal yang terdapat kepada ramai orang. Susu penuh mempunyai sekitar 634 kalori setiap liter.

Tapi kali ini kita fokus tentang khasiat susu lembu sahaja..hehehehe..kenapa susu lembu dikatakan sihat?? Ini adalah kerana kandungan protein dan kalsium yang terdapat didalamnya dimana, ia merupakan sumber baik bagi sejumlah vitamin. Selain itu ia mengandungi sejumlah zat lain (samada secara semulajadi / pengkayaan) :

  • Vitamin D & K - untuk pembentukan tulang.
  • Iodin - mineral penting bagi fungsi tiroid (thyroid)
  • Vitamin B12 & Riboflavin - untuk kesihatan kardiovaskular dan penghasilan tenaga
  • Biotin & asid Pantothenik - vitamin B penting bagi penghasilan tenaga
  • Vitamin A - untuk sistem imunisasi
  • Potassium & Magnesium - bagi kesihatan kardiovaskular
  • Selenium - sedikit (trace) mineral penghalang-barah
  • Thiamin - vitamin B-penting bagi fungsi kognitive, terutamanya daya ingatan (hehe)
  • Conjugated asid Linoleik - asid lemak berguna yang membantut beberapa jenis barah pada tikus, telah terbukti membunuh sel barah kulit manusia, sel barah kolorektal dan sel barah payu dara dalam kajian vitro, dan mungkin membantu mengurangkan kholesterol dan menghalang (atherosclerosis); hanya bagi susu yang di dapati daripada lembu yang makan susu.

Subhanallah...Akan tetapi, bagi individu yang mempunyai keadaan yang dikenali sebagai tidak tahan laktosa (lactose intolerance), susu mungkin menyebabkan simptom seperti kekejangan, kembung air, perut berangin, dan cirit-birit. Dan susu lembu juga didakwa sebagai tidak sihat terutamanya kerana kandungan lemak dan kolesterol..hehe. Akhir kata, renung-renungkan dan fikir-fikirkan apa yang terbaik untuk kita..


Saturday, June 6, 2009

which onE is u...?



Nabi SAW pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

Kesilapan "biasa + kerap" kaum hawa..

  1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Wahai gadis-gadis, wanita-wanita, perawan-perawan muslim sekalian..adakah kalian lupa akan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)


Tuesday, June 2, 2009

i'm in Lov with h.i.m =)

Kawan-kawan..!!

Have you ever fall in love?hehe.Tak pun pernah tak korang tak sedar bahawa korang sebenarnya cintakan dia? dan..pernah tak korang selalu tak perasan yang dia selalu care kat kita..selalu sayang kat kita..rindu kita..sampai pernah diam-diam menangis (lelaki kan ego) sebab kite...selalu tak jemu member..memberi..memberi..dan MEMBERI (i do this 4 times coz its more than 3 times as usuall we had said when something is important)...

Kita kadang-kadang tak perasan yang kita kejam kat dia...kita lupakan dia..tak tanya kabar sometimes..n kadang-kadang kawan lagii penting berbanding dia? huhu...apa yang dia cakap kadang-kadang ( but mostly) kita buat endah tak endah ja..walhal mende tu sangat penting tuk kita..kalau dia busy pon..dia tak pernah sampai abaikan kita..kita ibarat diari hidup dia..

Bila kita sakit..? Dia usaha SUNGGUH-SUNGGUH bawa pergi sana sini cari doktor untuk rawat kita sampai bagi kita sembuh..padahal bila dia sakit..dia selalu cuba sorokkan..dia tak nak kita tahu dia sakit..

Bila kita nak apa-apa ja..dia akan tunaikan..tapi dia tak pernah bagitahu kita apa yang dia nak...dan dia takkan dan tak pernah biarkan kita berlapar even sehari pun..bg dia..kita lagi penting dan lebih memerlukan dan itu sudah cukup untuk dia rasa kenyang bila tengok kita kenyang..

Kadang-kadang kita terlupa nk gayut ngn dia..dia yang call kita..borak-borak..yang sebenarnya dia melepaskan rindu pada kita..dia nak dengar suara halus kita..bila birthday lak..dia slalu kasi hadiah ke..kad ke..dan wish..tak pernah lupa..tapi kita?? kadang-kadang hmpir terlupa pun ada..tapi dia tak kisahpun..janji dia ingat kite..


Oh my g0sh...! He always wanna make me smile and happy..

PELIK KAN die..??

Why he's always dont care about giving??he's never mention about what he was done for me..


tapi..

PELIK LAGII KITE..!!

Hahaha..kadang-kadang kita tak pernah berterima kasih pada ALLAH sebab ciptakan dia untuk kita..dan kadang-kadang gak kita tak perasan sebenarnya kita khianat terhadap salah satu nikmatNYA ( it's him..! )..where we always being cruel to him..and we hurt him..

astaghfirullah-hal-adzim.. =(

Aku tak tahulah samada korang pernah dalam situasi ni atau tak...BUT I DO..dan aku rasa aku kejam =( walhal sebenarnya dia lah yang pallng setia ngan kita..dan paling sayang kita instead of my m0M..cuba kalau one day dah sampai masanya kita tak ada peluang untuk bersamanya lagi..? aku yakin at that time barulah kita sedar tentang perasaan kita yang sebenarnya SAYANG + CINTA dia jugak...cuma aku x pasti samada kita nye sayang dan cinta tu sama seperti dia sayang dan cinta kita..


he's my hero

he's my love

he's my inspire

he's my soul

he's my DAD


I LOVE U, DAD =)

-Happy Father's Day-

Sunday, May 24, 2009

Pemerintahan 'Ali bin Abi Talib r.a

Khalifah ‘Ali bin Abi Talib yang berketurunan Bani Hashim pula merupakan khalifah keempat dan terakhir dalam pemerintahan Khulafa’ ur-Rasyidin. Beliau juga merupakan sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah. Beliau telah berjaya memerintah selama 5 tahun iaitu dari tahun 656 hingga 661 Masihi bersamaan dengan 35 hingga 40 Hijrah.


PENCALONAN
Perlantikan ‘Ali sebagai khalifah banyak dipengaruhi oleh keadaan pada masa itu. ‘Ali dilantik menjadi khalifah pada 23 Jun 656M bersamaan 25 Zulhijjah 35H dimana perlantikan dibuat kebanyakkannya daripada masyarakat Islam Madinah iaitu golongan Ansar, termasuklah kaum pemberontak Kufah yang merupakan penyokong kuat ‘Ali.

SUMBANGAN
Sumbangan terbesar khalifah ‘Ali adalah kesanggupan beliau dalam meneruskan jawatan sebagai khalifah disaat berlakunya perpecahan dikalangan umat Islam. Selain itu, beliau menubuhkan markas tentera di sempadan Syria dan kutipan jizyah diteruskan.

KEWAFATAN
Khalifah ‘Ali bin Abi Talib r.a telah wafat pada hari Jumaat bersamaan 17 Ramadhan tahun 40H ketika berusia 62 tahun. Khalifah ‘Ali ditetak oleh Ibn Muljam pada waktu subuh sebagai pembalasan dendam diatas kematian rakan-rakannya di Nahrawan.

Pemerintahan 'Uthman bin ‘Affan r.a

Khalifah ‘Uthman bin’Affan terkenal dengan gelaran Zulnurain kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah s.a.w dan berketurunan Bani Umayyah telah berjaya memerintah selama 12 tahun iaitu dari tahun 644 hingga 656 Masihi bersamaan dengan 23 hingga 35 Hijrah dan merupakan khalifah ur-Rasyidin yang ketiga dalam Islam. Pemerintahan beliau dikatakan aman pada enam tahun yang pertama dan huru-hara pada enam tahun berikutnya.


PENCALONAN
Sebelum kewafatan khalifah ‘Umar, beliau dikatakan ada menyenaraikan beberapa nama yang dipilih dikalangan para sahabat untuk meneruskan pucuk pimpinan beliau sebagai khalifah. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya perebutan kuasa yang akhirnya menyebabkan perpecahan dikalangan umat Islam sendiri. Nama yang disenaraikan khalifah ‘Umar adalah ‘Uthman bin ‘Affan, Ali bin Abu Talib, Sa’ad bin Abi Waqqas, Zubayr bin ‘Awwam, ‘Abd Rahman bin ‘Auf dan Talhah bin Ubaidillah. Setelah berlalunya tiga hari selepas ‘Umar selamat dimakamkan, keenam-enam calon ini berkumpul dan bermesyuarat dirumah salah seorgang sahaba yang bernama al-Miswar bin Makhramah. Riwayat lain ada mengatakan di rumah Saidatina ‘Aisyah. Setelah penarikan diri yang dibuat oleh 3 orang sahabat iaitu Talhah bin Ubaidillah r.a, Sa’ad bin Abi Waqqas, dan Zubayr bin ‘Awwam, akhirnya pencalonan dibuat hanya pada salah seorang diantara ‘Uthman bin ‘Affan dan ‘Ali bin Abi Talib, dimana ‘Abd Rahman bin ‘Auf telah meminta kebenaran untuk mengadili proses perlantikan dan menarik diri daripada senarai pencalonan.


Antara usaha ‘Abd Rahman bin ‘Auf dalam mengendalikan proses pemilihan khalifah ialah meminta nasihat dan pendapat daripada pihak tertentu seperti para sahabat yang karib dengan Rasulullah dan juga ketua-ketua kabilah. Hasil tinjauan itu, beliau mendapati terdapat golongan yang memihak ‘Uthman dan tidak kurang juga yang memihak pada ‘Ali. Akhirnya ‘Abd Rahman bin ‘Auf memilih untuk bertanya sendiri kepada kedua-dua sahabat Rasulullah itu tentang kesanggupan masing-masing dalam memikul tanggungjawab sebagai khalifah. Dengan ketegasan dan kesungguhan jawapan yang telah ditunjukkan ‘Uthman, ‘Abd Rahman bin ‘Auf terus melantik ‘Uthman sebagai khalifah yang baru tanpa teragak-agak. Khalifah ‘Uthman telah selamat dibai’ahkan pada bulan Zulhijjah 23H dan ditabalkan menjadi khalifah pada bulan Muharram 24H. Antara isi ucapan dasar beliau adalah :


“Segala puji bagi Allah, Tuhan Segala Alam, selawat dan salam ketas junjungan kita Nabi Muhammad (saw). Wahai sekalian manusia, bahawasanya kamu berada dalam suatu benteng dan kehidupan kamu dalam usia yang sangat singkat. Dalam tempoh yang singkat itu maka kamu akan menemui ajal. Ketahuilah bahawa dunia ini penuh dengan tipu daya. Maka janganlah kamu tertipu dengan kemewahan hidup serta tipu daya dunia. Ambillah contoh daripada orang yang terdahulu daripada kamu dan berusahalah dengan penuh kesabaran sepanjang waktu”


SUMBANGAN
Antara sumbangan terbesar yang dilakukan khalifah ‘Uthman sepanjang pemerintahannya ialah tentang kesanggupan beliau dalam menyumbang harta dan kekayaannya untuk pertahanan Negara. Selain itu, usaha beliau dalam menyambung usaha khalifah Abu Bakar dalam pengumpulan dan pembukuan al-Qur’an didalam satu naskhah. Khalifah ‘Uthman juga memutuskan supaya diadakan hanya satu bentuk al-Qur’an sahaja iaitu mengikut loghat Quraisy dan ia kemudiannya dinamakan Mashaf ‘Uthmani. Khalifah juga telah membesarkan jumlah angkatan tentera darat dan laut yang akhirnya banyak memberi kesan terhadap perluasan kuasa dan wilayah Negara Islam sendiri.


KEWAFATAN
Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a wafat pada umur 80 tahun pada Zulhijjah tahun 35H ketika sedang membaca al-Qur’an. Sumber lain ada mengatakan khalifah ‘Uthman wafat ketika umurnya 82 tahun. Beliau telah dibunuh dirumahnya sendiri oleh golongan pemberontak dan jenazah beliau selamat dikebumikan di tanah perkuburan al-Baqi’, Madinah.

Pemerintahan 'Umar Al-Khattab r.a

Zaman pemerintahan Khalifah Umar telah dikenali sebagai Zaman Kegemilangan Islam (The Golden of Age). Khalifah ‘Umar al-Khattab yang juga dikenali dengan gelaran al-Farouq yang bermaksud orang yang dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan dan berketurunan Bani Adi, telah berjaya memerintah selama 10 tahun iaitu dari tahun 634 hingga 644 Masihi bersamaan dengan 13 hingga 23 Hijrah.


PENCALONAN
Sebelum khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a wafat, beliau mencalonkan nama seorang sahabat Rasulullah, Umar al-Khattab sebagai peganti pemergian beliau dalam meneruskan jawatan khalifah. Sebelum itu khalifah Abu Bakar r.a telah berbincang dengan para sahabat yang lain antaranya, ‘Abdul Rahman bin ‘Auf dan ‘Uthman bin ‘Affan yang kedua-duanya merupakan golongan Muhajirin, serta Usayd bin Hudayr yang daripada kalangan golongan Ansar.

Pencalonan yang dibuat ke atas Umar bukanlah disebabkan hubungan peribadi, tetapi bertujuan untuk meneruskan dasar pemerintahan Madinah yang telah mecapai kejayaan yang besar sepanjang pemerintahan khalifah Abu Bakar diatas berkat pertolongan ‘Umar selaku penolong kanan khalifah, penasihat dan juga kadi pada masa itu. Tambahan pula, ‘Umar mempunyai kebolehan dan kualiti kepimpinan yang tinggi selain pengorbanan yang banyak dilakukan beliau sepanjang pengislaman beliau. Setelah mencapai persetujuan ramai, semua para sahabat membai’ah ‘Umar dan diikuti oleh orang ramai. Selesai upacara perlantikan, ‘Umar berdiri diatas mimbar untuk menyampaikan ucapan dasarnya. Antara isi yang terkandung dalam ucapan itu adalah :

“Adalah dibandingkan kaum Arab ini seperti seekor unta jinak yang diberi tali. Unta ini akan menurut siapa yang memandunya. InsyaAllah saya akan membawa kamu kejalan yang benar.”

Akhirnya Saidina ‘Umar al-Khattab r.a menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dimana beliau merupakan khalifah kedua di dalam Khulafa al-Rasyidun.



SUMBANGAN

Antara sumbangan terbesar beliau ialah pembahagian yang dibuat oleh beliau keatas wilayah-wilayah Islam kepada beberapa bahagian iaitu Kufah, Basrah, Syam, Jazirah (Mesopotamia) Mausil, Yaman dan Bahrain. Beliau melantik beberapa orang pegawai disetiap wilayah yang terdiri daripada seorang wali (Gabenor), seorang Setiausaha, pegawai di Jabatan Tentera (Khatib al-Diwan), pegawai Pemungut Cukai (Sahib al-Kharaj), pegawai Polis (Sahib al-Shurtah), pengurus Perbendaharaan Negara (Sahib Baitulmal), dan Ketua Hakim (Kadi). Khalifah ‘Umar juga telah menubuhkan institusi Baitul Mal yang berfungsi sebagai pusat penyimpanan harta kerajaan dimana, sumber-sumbernya diperoleh daripada Zakat, Ghanimah (harta rampasan perang), Fai (harta rampasan tanpa perang), Jizyah (cukai perlindungan), Kharaj (cukai tanah), Usyur (cukai perniagaan) serta harta peninggalan orang mati yang tidak mempunyai waris. Dari segi pentadbiran tanah pula, khalifah ‘Umar membahagikan tanah kepada dua jenis iaitu tanah dhimmah, dimana ia merupakan tanah yang bertuan dan tanah sawafi iaitu tanah yang tidak bertuan. Tanah dhimmah diuruskan oleh pemilik asalnya manakala, tanah sawafi diuruskan oleh mereka yang dilantik daripada golongan ahl-ayyam iaitu golongan peneroka dan tanah ini tidak boleh dibeli mahupun dimiliki sesiapa untuk mengelakkan berlakunya perpecahan.



KEWAFATAN
Khalifah ‘Umar al-Khattab r.a telah wafat sewaktu umurnya 63 tahun pada hari Rabu bersamaan 25 Dzulhijjah 23 H/644 Masihi ketika beliau menjadi imam solat di Masjid al-Nabawi, Madinah. Beliau ditikam sebanyak enam kali oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah kerana dendam peribadinya terhadap khalifah. Khalifah ‘Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan selamat dikebumikan bersebelahan dengan makam Nabi Muhammad s.a.w dan makan Saidina Abu Bakar r.a.

Sunday, April 12, 2009

Resipi Memasak Ayam untuk Nasi Ayam

Korang perasan tak Nasi Ayam punye ayam goreng bukanlah macam ayam goreng kunyit biasa yang selalu kita makan tu..tetapi ayam gorengnya berwarna kehitam-hitaman.Jadi, hari ni aku nak share dengan kawan-kawan tentang salah satu ilmu masakan yang aku ada..ahaha...terutamanya bagi mereka yang tidak tahu...

Bahan-bahan : Ayam, Sos Tiram, Sup Bunjut dan Halia
Cara-caranya :

1) Rebus ayam dengan sup bunjut dan halia

2) Selepas ayam selesai direbus, toskan ayam tanpa membuang air rebusan. Ini adalah kerana air rebusan itu akan digunakan untuk membuat Sup nasi ayam.

3)Ayam itu kemudiannya di lumurkan dan diperam dengan Sos Tiram. (Proses pengeraman dibiarkan selama beberapa minit)

4)Selesai diperam, ayam digoreng seperti biasa.


DAH SIAP!!
Selamat Mencuba =)

Saturday, April 11, 2009

per0t yang berat..

Selesai saja membeli belah, kami sempat menjamah selera di sebuah restoran yang berdekatan dengan kawasan rumah sebelum terus pulang kerumah. Sampai saja di rumah, bondaku terus menyuruh salah seorang adik lelakiku untuk memunggah barang yang kami beli di kedai tadi untuk di bawa ke dapur.

"Mak..beratnyeeeee..."keluh adikku, Salikin sambil bereaksi malas. Walhal kalau diikut logik fikiran, dia mampu kerana beban yang perlu diangkat adikku itu tidaklah sebesar mana.Hanya satu bungkusan plastik.

"Bukan plastik tu yang berat...perut kamu tu yang berat", ujar bondaku pada adikku.Aku hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata mak. Ayat hujungnya ringkas tapi punya maksud didalam maksud. Dalam erti kata yang lain, ada maksud tersirat yang mendalam.

Disini aku dapat menghuraikan maksud tersirat bondaku dimana sememangnya apabila kita terlalu kenyang, segala yang mudah dianggap susah, segala yang ringan dirasakan berat, inilah simptom-simptom kearah KEMALASAN..hehe. Oleh sebab itu, kita dianjurkan agama untuk
Makan sebelum lapar dan Berhenti sebelum kenyang.
Ayat ini nampak sahaja mudah dan senang tapi untuk menjadi amalan kebiasaan, amat-amatlah jarang kita amalkan. Dari ayat ini kita boleh tahu bahawa bukan saja kenyang akan menimbulkan kesan negatif pada diri tapi juga jika membiarkan diri dalam keadaan lapar. Dimana lapar yang boleh memudaratkan diri sendiri.

Istilah lapar para sahabat terdahulu bukanlah bererti membiarkan diri kelaparan ataupun tidak makan sehingga memudaratkan..akan tetapi istilah lapar yang dimaksudkan lebih kepada memperbanyakkan berpuasa dan juga mengurangkan makan. Ini kerana para sahabat tidak mahu kekenyangan merupakan punca wujudnya jurang yang menjarakkan hubungan mereka dalam pengabdian diri kepada YANG HAQ.

Kesimpulannya, selain daripada penyakit kemalasan itu berpunca kepada tabiat diri sendiri, faktor pemakanan juga mempengaruhi disamping faktor-faktor yang lain. Hindarilah penyakit MALAS kerana ia itu bukan setakat memudaratkan diri sendiri tetapi juga memberi kesan pada orang disekeliling.

Renung-renungkan dan selamat beramal =) hehe...





Friday, April 3, 2009

abg burger OTAI

"Hai...", aku terdengar sapaan dari seorang lelaki sambil tersenyum padaku. Aku sempat melihat reaksi muka dia sebelum meneruskan langkah ke gerai burger otainya tanpa sebarang respon atas sapaan tadi. Ada dua lelaki yang menjaga gerai itu termasuk lelaki yang menyapaku itu. Aku perasan lelaki itu dah lama memerhatikanku sambil tersenyum sejak aku melintasi gerainya lagi.

"Emm, bagi satu burger ayam dan daging special satu", terus aku menyatakan hasratku tanpa mempedulikan reaksi lelaki itu. Mujur aku dilayan oleh kawannya. Bukan dia. Tetapi dia mengambil kesempatan itu untuk terus senyum dan memandang aku dari jarak yang lebih dekat.

Atas rasa ketidakselesaan, aku membatalkan hasrat hati untuk menunggu sahaja di hadapan gerainya. Aku terus mengorak langkah menuju ke arah sahabatku yang baru sahaja keluar dari sebuah Restoran. Dan kami memilih untuk duduk menunggu di meja dan tempat duduk yang disediakan berdekatan dengan gerai burger itu.

Selesai sahaja burger tempahanku dibungkus, aku kembali ke gerai untuk membuat pembayaran. Lelaki tadi itu masih lagi tersenyum sambil memandang aku. "Nak no telefon leh?",ujar kawannya padaku setelah dia menyerahkan plastik berisi burger.

Aku hanya mampu tersenyum dalam hati sambil beredar secepat mungkin dari situ. Aku tahu situasiku ini pasti pernah dilalui oleh kaum hawa yang lain.

Bak pepatah melayu pernah berbunyi :

"menyelam sambil minum air"

Pepatah ni aku rasa amatlah sesuai untuk kaum adam yang cuba memulakan langkah pertama dalam mengenali si hawa.Kadang - kadang aku tidak faham dengan kaum adam. Dan kadang - kadang juga aku berasa kasihan dengan sikap mereka.

Tak salah jika mahu mengenali. Tapi pernahkah kalian terfikir wahai adam, bahawa tindakan yang seperti situasiku tadi mahupun yang lebih kurang dengan itu membuatkan kami (hawa) merasa bahawa kalian hanya bergurau cuma. Dan jarang kami (hawa) memberi respon. Paling tidak, hanya senyuman sahaja yang mampu diberi.

Hehe...

Bagiku, seandainya seorang lelaki itu mahu mengenali seorang wanita, biarlah penuh dengan kesopanan dan tertib disamping menghormati wanita itu. Dari situ kita boleh lihat keikhlasan lelaki atau secara ringkasnya, kita nampak keseriusan hasrat sang lelaki. Dan sebenarnya dari situ timbul kepercayaan dari pihak hawa terhadap lelaki.

Secara fitrahnya, seorang perempuan itu selalu ingin dihormati oleh kaum adam walaupun dia merupakan seganas-ganas wanita. Sebab itulah dalam Islam sendiri pun menekankan tentang hak seorang wanita sebagai bukti bahawa wanita itu punya maruah dan ingin dihormati oleh kaum adam.

Jika anda tidak percaya, silalah mencuba.Hehe..

Thursday, April 2, 2009

alahaii prebet sapu...

Khamis lepas (26/03/09), aku dan kawanku keluar jalan2..on da way balik tu kitorang naik kereta dengan seorang prebet tua ni..prebet ni setahu aku..kira orang lama la dalam buat perkhidmatan sebagai prebet KUIS..

on da way balik..pakcik tu tanya kitorang, "eh,korang ade dengar tak kes polis sal prebet dengan student kuis perempuan baru2 ni?" aku pon dengan pantas menjawab, "emm baru2 ni?takde la pulak..kenapa pakcik?kenapa dengan diorg tu?"

pakcik tu jawab, "pakcik tak tahu la apa yg terjadi antara diorang..yang pakcik tahu ni libatkan kes polis.." aku tanya lagi, "pakcik kenal ke prebet yang mana satu?"

pakcik itu pon cakap, "tak..pakcik pon tak tahu siapa..tu la..sekarang ni macam2 leh jadi..pakcik malu disebabkn kes ni..yela, pakcik ni pon prebet..terkena juga tempiasnya..pakcik lihat sejak kebelakangan ni banyak prebet2 baru..pakcik nak pesan la kat korang..next time naik prebet..terutama student perempuan...carilah prebet yang perempuan..xpon prebet yang da lama dengan KUIS ni..."

Aku pada mulanya nk tergelak dengar ayat pakcik ni yang last..seolah2 dia promote perkhidmatannya..tp bila fikir2 balik.. memang betul cakap pakcik tu..lagi2 pada pandangan aku, melayu sekarang ni da macam mat saleh..sex before khawin da hampir2 menjadi perkara biasa di malaysia..ulang suara..aku maksudkan MELAYU.. bukanla ISLAM..melayu tak smestinya islam,right? hehehe..so masing2 da besar..lu pikir la sendiri.. (bak kata nabil)=p

Aku teringat ustaz aku penah cakap Rasul-NYA pernah bersabda maksudnya:

"barangsiapa yg x malu..maka buatlah apa yang kamu suka"

hadis ni betul2 masuk dalam jiwa aku sejak tingkatan satu lagi..even ringkas..tp penuh pengertian..mungkin sebab berkat ilmu, hadis ni seolah2 dah tercatat di memori ku =) alhmdulilah wa syukur lillah..moga dapat pengajaran dan iktibar bersama..insyaALLAH

Kenyataan pakcik tu aku perkukuhkan lagi dengan artikel baru2 ni yg diambil dlm harian METRO 28/03/09.

DREBAR TEKSI SAPU CABUL,UGUT PERKOSA PELAJAR KOLEJ
BANGI: Seorang lelaki yang menjalankan perkhidmatan ‘teksi sapu’ haram didakwa mencabul seorang gadis belasan tahun yang menaiki keretanya. Malah, lelaki itu turut memaksa mangsa melihat rakaman aksi lucah dalam telefon bimbitnya. Dalam kejadian pada Rabu lalu di Bangi di sini, seorang gadis berusia 24 tahun juga PELAJAR SEBUAH KOLEJ SWASTA menjadi mangsa lelaki terbabit apabila dia mendakwa dicabul lelaki terbabit ketika dalam perjalanan ke kolejnya. Menurut sumber, ketika kejadian jam 8 malam, dia serta beberapa lagi penumpang lain menaiki kereta lelaki itu selepas di Stesen Komuter Bangi.“Ketika kejadian mangsa duduk di sebelah pemandu, risau sekiranya lewat untuk pulang ke kolej, dia merayu kepada suspek untuk menghantarnya pulang lebih awal.Bagaimanapun, suspek tidak mengendahkan permintaan gadis terbabit serta memberikan alasan kolejnya jauh dan perlu menghantar penumpang lain terlebih dulu, katanya. Selesai menghantar penumpang lain, suspek melencongkan keretanya ke kawasan sunyi sebelum mencabul dengan memegang kemaluan serta cuba mencium mangsa. Mangsa yang berang cuba untuk melawan, bagaimanapun terpaksa akur dengan kehendak lelaki terbabit apabila dia turut mengugut memperkosanya jika dia melawan.Mangsa dihantar pulang oleh suspek berkenaan, risau sekiranya kejadian terbabit berulang mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bangi berhubungkejadian.

(http://www.hmetro.com.my/Curre... ro/Saturday/Setempat/20090328101344/Article/index_html)