Nabi SAW pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Kesilapan "biasa + kerap" kaum hawa..
- Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
- Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
- Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
- Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
- Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
- Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
- Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
- Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Wahai gadis-gadis, wanita-wanita, perawan-perawan muslim sekalian..adakah kalian lupa akan firman Allah SWT yang bermaksud :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)
No comments:
Post a Comment