"Mak..beratnyeeeee..."keluh adikku, Salikin sambil bereaksi malas. Walhal kalau diikut logik fikiran, dia mampu kerana beban yang perlu diangkat adikku itu tidaklah sebesar mana.Hanya satu bungkusan plastik.
"Bukan plastik tu yang berat...perut kamu tu yang berat", ujar bondaku pada adikku.Aku hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata mak. Ayat hujungnya ringkas tapi punya maksud didalam maksud. Dalam erti kata yang lain, ada maksud tersirat yang mendalam.
Istilah lapar para sahabat terdahulu bukanlah bererti membiarkan diri kelaparan ataupun tidak makan sehingga memudaratkan..akan tetapi istilah lapar yang dimaksudkan lebih kepada memperbanyakkan berpuasa dan juga mengurangkan makan. Ini kerana para sahabat tidak mahu kekenyangan merupakan punca wujudnya jurang yang menjarakkan hubungan mereka dalam pengabdian diri kepada YANG HAQ.
Kesimpulannya, selain daripada penyakit kemalasan itu berpunca kepada tabiat diri sendiri, faktor pemakanan juga mempengaruhi disamping faktor-faktor yang lain. Hindarilah penyakit MALAS kerana ia itu bukan setakat memudaratkan diri sendiri tetapi juga memberi kesan pada orang disekeliling.
Renung-renungkan dan selamat beramal =) hehe...
No comments:
Post a Comment