Friday, April 3, 2009

abg burger OTAI

"Hai...", aku terdengar sapaan dari seorang lelaki sambil tersenyum padaku. Aku sempat melihat reaksi muka dia sebelum meneruskan langkah ke gerai burger otainya tanpa sebarang respon atas sapaan tadi. Ada dua lelaki yang menjaga gerai itu termasuk lelaki yang menyapaku itu. Aku perasan lelaki itu dah lama memerhatikanku sambil tersenyum sejak aku melintasi gerainya lagi.

"Emm, bagi satu burger ayam dan daging special satu", terus aku menyatakan hasratku tanpa mempedulikan reaksi lelaki itu. Mujur aku dilayan oleh kawannya. Bukan dia. Tetapi dia mengambil kesempatan itu untuk terus senyum dan memandang aku dari jarak yang lebih dekat.

Atas rasa ketidakselesaan, aku membatalkan hasrat hati untuk menunggu sahaja di hadapan gerainya. Aku terus mengorak langkah menuju ke arah sahabatku yang baru sahaja keluar dari sebuah Restoran. Dan kami memilih untuk duduk menunggu di meja dan tempat duduk yang disediakan berdekatan dengan gerai burger itu.

Selesai sahaja burger tempahanku dibungkus, aku kembali ke gerai untuk membuat pembayaran. Lelaki tadi itu masih lagi tersenyum sambil memandang aku. "Nak no telefon leh?",ujar kawannya padaku setelah dia menyerahkan plastik berisi burger.

Aku hanya mampu tersenyum dalam hati sambil beredar secepat mungkin dari situ. Aku tahu situasiku ini pasti pernah dilalui oleh kaum hawa yang lain.

Bak pepatah melayu pernah berbunyi :

"menyelam sambil minum air"

Pepatah ni aku rasa amatlah sesuai untuk kaum adam yang cuba memulakan langkah pertama dalam mengenali si hawa.Kadang - kadang aku tidak faham dengan kaum adam. Dan kadang - kadang juga aku berasa kasihan dengan sikap mereka.

Tak salah jika mahu mengenali. Tapi pernahkah kalian terfikir wahai adam, bahawa tindakan yang seperti situasiku tadi mahupun yang lebih kurang dengan itu membuatkan kami (hawa) merasa bahawa kalian hanya bergurau cuma. Dan jarang kami (hawa) memberi respon. Paling tidak, hanya senyuman sahaja yang mampu diberi.

Hehe...

Bagiku, seandainya seorang lelaki itu mahu mengenali seorang wanita, biarlah penuh dengan kesopanan dan tertib disamping menghormati wanita itu. Dari situ kita boleh lihat keikhlasan lelaki atau secara ringkasnya, kita nampak keseriusan hasrat sang lelaki. Dan sebenarnya dari situ timbul kepercayaan dari pihak hawa terhadap lelaki.

Secara fitrahnya, seorang perempuan itu selalu ingin dihormati oleh kaum adam walaupun dia merupakan seganas-ganas wanita. Sebab itulah dalam Islam sendiri pun menekankan tentang hak seorang wanita sebagai bukti bahawa wanita itu punya maruah dan ingin dihormati oleh kaum adam.

Jika anda tidak percaya, silalah mencuba.Hehe..