Teringat pula zaman persekolahan dolu-dolu. Bukan main rajin lagi menulis, menampal tanda nama pada barang-barang atau perkakas alat tulis kepunyaan peribadi. Kalau bukan menulis dan menampal, mungkin diringkaskan dengan hanya menulis menggunakan permanant marker pen or liquid paper. Asal bertanda, jadilah..hehe.
Dulu, aku ni bukanlah tergolong dalam golongan yang addicted bebenor menanda nama. Kalau adapun, hanya beberapa barang sahaja yang aku tanda-namakan. (Mungkin sebab itulah barang aku selalu jugak hilang..Haha) Berbeza dengan adikku, Fatimah yang memang hampir segala benda kepunyaannya ditanda-namakan. Hebat. Kadang-kadang kelakar juga aku rasa.
Bagusnya sikap adik aku ini, barangnya jarang hilang. (Plus, dia memang agak cerewet berkenaaan barangnya..Hehe) Ayah pun tak terkecuali daripada sikap rajin menulis tanda nama. Buku tulis kami anak-anaknya, kadang-kadang (but most of time), ayah yang offer tolong tuliskan (Caring kan? hehe) Bukan sahaja buku tulis, tapi barang-barang yang lain juga. Bukan apa, tak lain tak bukan, semuanya atas faktor keselamatan.
Semoga tiada kehilangan. Kalau ada kehilangan, bererti ada penggantian. Kalau ada penggantian, bererti adanya pelaburan wang disitu. (Hidup mesti jimat..hehe) Aku saja post entry ni, memandangkan malam ni rajin pula aku menanda-namakan alat tulisku. Haha. Teringat kenangan waktu muda-muda..hehe :)
2 comments:
?????
huhu
Post a Comment