Pada hari inilah para jemaah Haji akan meninggalkan Mekah dengan berpakaian Ihram untuk pergi berwukuf di arafah. Berdasarkan firmanNya dalam surah Al-Baqarah (ayat 198 dan 199) :
"Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia (rezeki dari hasil perniagaan) dari Tuhanmu, maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masjidil Haram dan berzikirlah dengan menyebut (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkanNya kepadamu dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat"
(Perkataan berzikir yang dimaksudkan didalam ayat diatas merujuk kepada takbir haji)
"Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya orang-orang banyak (Arafah) dan mohonlah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
Dibawah merupakan peta kawasan arafah :
Memandangkan kawasan padang Arafah ini boleh dikatakan agak luas, disini juga terletaknya Jabal Rahmah dimana boleh dilewati atau dikunjungi oleh Para Jemaah Haji. Jabal Rahmah merupakan tempat titik pertemuan pertama Nabi Adam a.s dengan pasangannya, Siti Hawa.
Pada pertengahan malam 9 Dzulhijjah pula (kira-kira jam 12 tengah malam dan keatas), para jemaah perlu berada di Mudzalifah walaupun SEBENTAR. Ini adalah salah satu Wajib Haji. Seandainya ia diabaikan, jemaah akan dikenakan bayaran Dam. Selesai di Mudzalifah, para jemaah Haji akan berangkat ke Mina pula untuk bermalam disana (juga merupakan Wajib Haji).
Istimewanya Hari Arafah ini sehingga disarankan kepada umat Islam (yang tidak mengerjakan Haji) untuk berpuasa sunat dimana ia dikenali sebagai Puasa Hari Arafah. Fadhilat puasa hari ini ada tercatat dalam beberapa hadis sahih sebagaimana di bawah :
Daripada Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : Tidak ada satu hari dimana Allah taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari Hari Arafah (9 Dzulhijjah).
(Sahih Muslim)
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda : Sesungguhnya Allah s.a.w memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : " Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu ".
(Riwayat Ahmad)
Rasulullah s.a.w pernah telah ditanya mengenai puasa Hari Arafah (9 Dzulhijjah). Maka jawab Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Dikaffarahkan dosa (yakni diampun dosa) setahun lalu dan setahun yang akan datang. "
(Sahih Muslim)
No comments:
Post a Comment