Sebenarnya aku tengah memuat turun cerita dari Internet. Jadi untuk mengisi masa yang bakal terbuang, terlintas di kepala untuk meng-update blog. Takut-takut ia bakal kembali berhabuk. Hehehe..
Memandangkan sekarang pun dah bulan November, dan tak lama lagi masuk bulan Disember, suka untuk aku meringkaskan dimana menceritakan perjalanan sepanjang tahun 2010 yang aku tempuhi. Tidak lupa aku memanjatkan rasa syukur kepada yang ESA kerana masih lagi aku diberi peluang untuk mengumpul pahala dikala masih bernyawa, insyaALLAH, amean..
So, memandangkan tahun 2010 merupakan tahun aku tidak lagi perlu ke kelas, a.k.a DAH HABIS BELAJAR..!! , aku rasa tahun ni banyak pengalaman yang boleh disenarai-ringkaskan :
( Januari - Mac )
Pengalaman berkerja pertama iaitu menjadi kerani am sepenuh masa dan warden asrama separuh masa di Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram, Kuala Selangor. Time nih gaji yang diberi, aku ni boleh dikira antara yang mewah la berbanding gaji kawan-kawan study aku dulu yang bekerja. Ehem...Bagi aku, gaji tinggi tu standard la dengan penatnya kerja :) Seriously memang penat, pagi sampai petang jadi kerani, malam sampai subuh jadi warden. Kalau siang tension menghadap komputer, jadi malam aku sedikit enjoy kerana itulah masa untuk beramah mesra dengan student (warden, kan..hehe). So, balance kot.
Disebabkan jarak antara Jeram dengan rumah keluargaku agak memakan masa jauhnya, aku mengambil keputusan untuk menginap di salah sebuah rumah sewa yang disediakan sepanjang aku bergelar staff. Good News, im the younger than my housemate and also others (staff)..hehe. Mungkin sebab itu juga, aku lah orang yang paling rajin ditegur oleh para cikgu baik lelaki mahupun wanita, tak lupa juga pak guard sekolah. "Ala, baya anak atau adik kitorang ja engkau ni ", barangkali itulah ayat yang terlintas dihati mereka. (Ish..pandai-pandai aku je.haha)
(April - Jun)
Tempoh ni aku men-dewasakan diri dirumah disamping keluarga tercinta. Hahaha (Ayat terbaik dari ladang). Setelah beberapa bulan kat rumah, aku mula sibuk mencari kerja dan ilmu baru. Barangkali ada mana-mana kelas illmiah yang boleh aku ikuti. Pada mulanya, aku mengikut kelas Bahasa Inggeris di UTM, Kuala Lumpur nun..baru sekali pergi, aku membatalkan terus niat untuk terus menghadiri kelas untuk akan datang. Mungkin atas faktor jarak dari rumah ku dan UTM itu sendiri.
(Julai)
Masuk bulan Julai, aku mendaftarkan diri untuk mengikuti .NET Web Developer's class. Anjuran Mdec dan NotaAsia. Good News, kami tak dikenakan sebarang yuran malah mendapat buku teks berkenaan .NET secara percuma. Kalau kat luar, kebarangkalian tinggi buku itu beratusan harganya. Kursus ini telah berjalan selama 15 hari dan diselitkan sekali peperiksaan ringkas dan final project. Agak mencabar minda juga la kerana ini pengalaman pertama aku menyiapkan project dalam masa yang terhad. Selesai kursus, kami dianugerahkan certification dari Mdec dan juga NotaAsia. (Jangan Jealous.Hehe)
Selesai sahaja kursus, aku mula sibuk mencari kerja kosong yang berhampiran dengan tempat tinggalku. Ini semua tak lain tak bukan untuk kemudahan aku juga. (Betul, betul, betul) Hehe. One day, seorang kenalan rapatku semasa di Sekolah Rendah menelefonku bertanya kabar. Tiba-tiba, dia mengajak aku bekerja bersamanya di Telco & Post, Shah Alam memandangkan dia tahu aku memang tengah menganggur. Rupa-rupanya tempat kerjaku itu merupakan milik keluarganya. For your information, I just worked here only for a days which less than a week..! Kelakar pun ada, nasib baik family dia sporting :)
Aku seterusnya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi bagi ambilan kedua untuk bidang yang aku pohon. Alhamdulillah :) Dan itulah merupakan asbab kenapa aku bekerja di Telco & Post, Shah Alam tidak sampai seminggu pun. Pengalaman bergelar graduan di salah sebuah IPTA, akan ku ceritakan di lain page. Hehe.
(Ogos)
Yes, alhmdulillah..aku grad! Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu, berlangsungnya Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang membuktikan kelayakan Diploma aku. (p/s : I wore green with my parents) :)
No comments:
Post a Comment