Saturday, May 28, 2011

Tudung APEKAH?

Ops, aku bukan nak cerita pasal tudung saji. Tapi berkenaan dengan salah satu pakaian wajib bagi kaum wanita muslim iaitu tudung. Sekarang ni bermacam-macam jenis fesyen tudung aku tengok. Daripada satu style tudung menjadi banyak style. Lilit sana, lilit sini. Pusing sana, pusing sini. Tercekik sana, tercekik sini. Tak kisahlah, asal berbalik tujuan yang sama iaitu MENUTUP AURAT. Tapi, adakah semua style tudung itu cukup memenuhi ciri-ciri yang dikatakan menutup aurat?

Menulis tentang tudung, aku teringat sewaktu aku kecil dulu, ayah pernah memberitahu aku tentang jenis tudung. Terdapat 3 (tiga) jenis tudung iaitu tudung yahudi, tudung nasrani dan tudung muslim. Pada mulanya aku sedikit pelik. Tak terfikir pula aku yang ada agama lain selain Islam, para wanitanya bertudung. Lalu, ayah pun memberitahu akan ciri-ciri tiap satunya.

Tudung Yahudi : Bilamana lebihan kain di depan semuanya dilemparkan ke belakang.
Tudung Nasrani : Tudung yang terlalu singkat sehinggakan menampakkan dadanya.

Islam itu merupakan agama yang terperinci. Sehinggakan tak terlepas dalam al-quran ada menyebut tentang TUDUNG yang dipermaksudkan kepada kaum hawa.

Firman Allah s.w.t (Surah An-Nur : 31) :
"Dan Hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka"
( Belahan leher yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah bahagian dada )

Ciri - ciri tudung yang digariskan oleh syariat ialah :
(1) Menutupi seluruh kepala termasuk leher, kecuali kawasan muka.
(2) Labuh menutupi dada.
(3) Diperbuat daripada kain atau bahan yang tebal sehingga menutupi warna kulit dan rambut dari kelihatan.

Last, suke untuk aku share hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi :
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka"
(Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

p/s : Lu fikirlah sendiri..hehe

2 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

susahnya jadi pompuan kan! sbb tu pompuan ni senang masuk syurga.. tp paling ramai masuk neraka.. Ya Allah selamatkan la ibu, kakak, nenek, saudara mara pompuan yg shin syg *nanges

wawa said...

betul2..tapi itulah dikatakan ujian. :)

Semoga Allah memberi hidayah pada kita semua..amin..