Saturday, May 14, 2011

Batu

Fuh fuhh fuh. Berhabuk blog aku. Haha. Dah lama kot tak update. Bukan masalah tiada cerita tapi busy dengan peranan sebagai seorang mahasiswa. Alhamdulillah lengkap sudah tahun pertama aku menuntut di UKM. 2 years to go, insyaAllah :)

Aku tak mahu cerita tentang jenis-jenis batu yang ada kat Malaysia. Apatah lagi nak kecoh-kecoh pasal jerawat BATU. Topik ni aku hamik dari perkataan yang terkeluar dari mulut adik laki aku paling muda. (a.k.a Adik bongsu), dimana lantas membuatkan aku tersenyum memikirkan gelagat adikku yang cerdik. (Ayid, belanja kakwa, okay. I puji you ni. hehe)

Di suatu petang, ketika kami sekeluarga dalam perjalanan ke sebuah tempat menaiki kereta..
Tiba-tiba adikku bersuara..

Ayid : Mak, ada batu tak?
Mak seperti biasa tidak memberi sebarang respon.
Aku pandang adik aku kehairanan.

Melihat aku begitu, dia kemudiannya menyambung.
Ayid : Ayid nak ikat perut Ayid dengan batu.

Nak tergelak aku mendengarnya. Baru aku mengerti. Rupanya kejap tadi berlaku perselisihan antara adik aku dengan abangnya mengenai makanan. Mungkin abangnya tidak tahu yang adik dia tak makan lagi. So, cara adik aku menyatakan protes nya terhadap abangnya adalah dengan menyebut batu serta penggunaannya.

Kalau anda masih ingat sirah nabi, anda mesti tahu kenapa pernah sekali tu Rasulullah s.a.w mengikat batu di perutnya bersama para sahabat yang lain, kan? For those yang tak ingat tu, so this could be your assignment to selak-selak balik kitab sirah tu.


Gambar ini adalah sekadar hiasan.

No comments: