Monday, December 13, 2010

Dimanakah Sang Pelangi ?

" Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari
Dia datangkan kilat dan petir.
Kita menangis dan bertanya, ke mana hilangnya matahari?
Rupa-rupanya, Allah nak beri kita pelangi "

Yes, I knew almost everyone dah familiar dengan ayat diatas tu. Aku mula diperkenalkan dengan pepatah diatas itu oleh kakak sulong aku ketika aku mengadu masalah pada beliau (pepatah ke? aku pun tak berapa pasti..hehe). So, ayat itu la pengubat duka hatiku. Walaupun aku tahu hatiku sukar untuk percaya tentang kewujudan sang pelangi yang dipermaksudkan. Then once again, whenever i got problems and someone said the same, I start to feel bored.

B O R I N G || Fullstop


" Eii...betul ke ni?? Ke ayat power je lebih, tapi habuk pun tiada "

Hehe. Lebih kurang macam tu la agaknya yang terdetik dalam pemikiran dan hati bagi mereka yang se-golongan dengan aku. Masa berganti masa, tahun berganti tahun. Umur pun semakin bertambah. And no doubt, of course la banyak pengalaman yang aku telah lalui dalam tempoh aku meniti alam kedewasaan (Walaupun hingus tak kering lagi..haha).

Rupa-rupanya, sepanjang penceritaan diari hidupku, dalam sedar tak sedar rupa-rupanya satu-persatu Allah selit jalan cerita. DIA susun secantik baik awal-awal lagi. Segala misteri tentang sang pelangi DIA bongkarkan dalam diari aku dan membuatkan ku kembali terfikir.
Antara banyak-banyak pengalaman dan kisah, there are two stories of mine that i'll share here which are really really touch my heart.

1. Industrial Training

Untuk melengkapkan sijil diploma, aku dikehendaki menyertai Latihan Industri diakhir semester selama 3 bulan. Maka, aku pun menghantar resume ke merata-rata dan bermacam-macam jenis syarikat yang berkaitan area Selangor. Mungkin rezeki aku, antara beratus-ratus sahabat yang sekuliah dengan aku, I'm the first student yang mendapat surat jawapan. Kira approved la. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan aku dikala DIA menguji sahabatku yang lain - ada yang berbulan-bulan tunggu response syarikat, ada yang terpaksa memohon syarikat lain, dan lain-lain lagilah.

Nak dipendekkan cerita, ada lah seorang sahabat aku ini, rupa-rupanya dalam diam, dia memohon syarikat yang sama dengan aku. Diluar dugaan dan pengetahuan aku. Dan disebabkan tindakan beliau itulah, aku dengan serta merta ditolak basi-basi oleh syarikat tersebut sebagai trainee mereka. Yang paling best, alasan yang diberikan oleh pihak syarikat ialah, mereka mahukan trainee lelaki. Ok, tak kisahlah. Tapi memang sangat tidak adil bagi pihak aku kerana pihak syarikat keluarkan statement pada waktu yang hanya tinggal lagi lebih kurang 2 minggu sebelum bermulanya my practical's day...! OMG.

Bayangkan apa yang aku rasa dan fikir time tu. Sampai aku pernah hampir mengambil keputusan untuk tangguhkan Latihan Industri aku ke semester hadapan.
Dipendekkan cerita lagi, dengan bantuan lecturer aku yang sangat aku kasihi, aku disedut masuk ke sebuah company that i have never imagine that one day i'll be there.

Inilah sang pelangi. Aku dicampakkan ke sebuah syarikat yang sangat sesuai dengan kemampuan aku. Senang cerita all out sangat berganda-ganda berbeza bagusnya berbanding dengan syarikat yang awal-awal aku dapat.
Antaranya ::

1. Elaun bulanan : RM 500
2.
Banyak staff wanita..so tak la rasa kekok sangat.hehe
3. Staff lelaki sangat sempoi dan menghormati kami (warga perempuan)
- kira no rubbish talk la..

2. Institut Pengajian Tinggi Awam

" Ahh, tak kira! Nak UPM gak! Nampak macam menarik je..Tak pun, nak UiTM..senang. Dekat je dengan rumah. Boleh la aku merasa ulang-alik dari rumah ke kuliah dengan kereta bonda..Hehe.
"

Lebih kurang macam itulah angan Pak Jenin ku menyapa. Hehe. UKM? Pandang sebelah mata pun aku tak pernah terhinginkan untuk menjadikan ia sebagai tempat aku menimba ilmu. Mungkin atas faktor mak ngah ku, kaklong dan abang iparku belajar disana juga. Tak best la. Tiada variasi disitu. Haha.

Ketika aku hampir selesai menguruskan dokumen-dokumen yang perlu untuk aku hantar ke beberapa IPTA, maka yang terakhir yang masih belum aku settle kan, tinggal lagi dua buah IPTA - UPM dan UKM. Means, masih berbaki lagi dua
envelope. Satu untuk dihantar ke Pejabat Pendaftar UKM, dan satu lagi untuk UPM. Kebetulan antara dua envelope, salah satu nye tidak berapa cantik - terkena sedikit contengan.

Tiba-tiba muncullah idea kanak-kanak aku, envelope yang cantik untuk UPM (hopefully aku dapat UPM!), dan yang sebaliknya untuk UKM (Haha, padan muka!). Guys, guess what. After few weeks, I got offer from UKM !!!! OMG. Adoi. Oh, Kecewanya hati. Aku pun kemas barang asrama before pergi daftar kat UKM dalam keadaan pasrah. Time orientation's day pun, penuh wajah lesu aku bagi. Haha. Buruknya perangai!

Rupa-rupanya, again..itulah sang pelangi.
Sorry, seriously aku tak tahu apa-apa fasal UKM. Ada apa dengan UKM ?? Antaranya ::

1. UKM adalah satu-satunya IPTA yang ada hutan simpan.
Ok, i love monkeys..HAHA (okay, this is out of topic)
2. UKM adalah merupakan
top 3 highest ranking berbanding semua IPTA. -Universiti yang bagus la. Senang cerita. Dan atas alasan ini, student yang diserap masuk selalunye yang best2 je la. (except me! Huhu)
3. UKM ada
International Students + cina dan india..tak macam UiTM..Melayu sahaja. Tak berkesempatan nak belajar dan fahami kaum lain. Ecehh..
4. Environment kat UKM masih boleh aku terima dan selesa lagi la..kalau nak diperbandingkan dengan
students UiTM yang insyaALLAH confirm senang je nk jumpa pasangan kekasih berpelukan dalam bas. Sini Alhamdulillah students masih lagi okay dan waras. Hehe.


Subhanallah. Sesungguhnya janji Allah itu Maha Benar.

(p/s : tolong jangan belasah aku, wahai warga UiTM. Hehe.)

4 comments:

♥FaY!n♥ said...

he3... best gak cite ko nie wawa =)

wawa said...

haha..segan! :P
thanks fayin..

Mardhiah Mohd Zabidi said...

hehe. sangat jujur cerita ni. best :)
salam ziarah.

wawa said...

cerita yang jujur la selalu sedap menaip. hehe