Saturday, February 20, 2010

tips setia dalam berCINTA...?

"aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yg setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia

aku memang pencinta wanita
yg lembut spt dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup
cintaku ternyata aku mau hanya dia

ku tak mau menjanjikannya

pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku "

Amboi bukan main seronok lagi budak kecil ni menyanyi. Aku hanya mampu tergelak melihat jenaka anak buah kawanku ini. Umurnya baru memasuki 4 tahun. Amni namanya. "lagu pecinta..", usik kawanku sambil tersengih pada anak buahnya. Budak mentah ni sudah pandai menyanyi lagu cinta.hehe.

Tiba-tiba aku terasa ingin bertanya sesuatu padanya. Aku pun bisik pada kawanku, "Eh, cuba tanya dia..pe makna cinta yang dia dok nyanyi tu..hehe". Kawanku dengan serta merta terus bertanya pada si anak kecil itu. "Amni..amni nyanyi apa tu. Maklang dengar ayat bercinta..cinta tu apa maknanya ye, Amni ?"

"Cinta tu bahaya", balas Amni spontan sambil bernada riang.
"Yeke, kenapa bahaya lak?"
tanya 'Maklang' Amni.
"Cinta itu bahaya..dunia dan akhirat" balasn
ya lagi dengan nada selamba seolah tidak memahami soalan.

Kami berdua terdiam.

"Amni, siapa yang cakap kat Amni mcm tu..?", tanya kawanku lagi.
Amni diam tanpa respon.
"Amni fikir sendiri ye..?"
Amni angguk perlahan. Lalu sambung menyanyi lagu 1,2,3 pula.


Bagi aku, fahaman awal istilah cinta kanak-kanak semua sama.
Dulu masa aku kecil pun, bila sebut 'cinta' ja, apa yang aku faham adalah cinta antara lelaki dan perempuan.

Apa yang amni sebut dalam diam aku setuju dengannya. Cinta tu tak bahaya pun sebenarnya. Tp ia jatuh hukum bahaya apabila hampir seluruh hidup diserahkan hanya untuk cinta (antara lelaki dan wanita) semata sehinggakan perasaan ini menguasai segala tindak-tanduk.

Saat itulah apa yang wajar dikatakan tak wajar, yang tak wajar dikatakan wajar. Sehinggakan hampir-hampir yang halal dikatakan haram, yang haram dikatakan halal.
Perkara ni tak mustahil ja terjadi hatta terhadap diri sendiri bilamana nafsu melebihi akal yang waras dan bilamana iman gagal mengawal bisikan nafsu.


Tepuk dada, tanyalah iman.

2 comments:

Ruqaiyah said...

nice entry, najwa =)

cyborg said...

huhehu..=) maceyh