Saturday, January 30, 2010

KULAT hujan tahun

Genap seminggu aku stay kat rumah sewa bersama sahabat2 baru yang juga merupakan pekerja di tempat yang sama aku bekerja. Tidak seperti yang aku jangka, perkenalan singkat itu membuahkan pelbagai cerita antara kami. Dan diantaranya, kisah sang kulat hujan tahun ini..hehe.

Oh ye, lupa nak beritahu, kebetulan aku la ahli rumah yang termuda dikalangan semua dan jarak umur aku dan rakan2 amat jauh. Tapi itu bukan menjadi masalah. Malah mungkin asbab kami menjadi sedikit akrab. Yela, aku dengan cerita dunia zaman ku..dan mereka dengan cerita dunia zaman mereka. Dan ada perkara2 yang tak pernah dilalui mereka, aku lalui. Begitu jugalah sebaliknya..dari situlah kami saling bertukar cerita..

KULAT atau lebih dikenali sebagai cendawan...secara jujur aku just kenal cendawan yang dijual di kedai2 ja. Tapi, menurut cerita ibuku, dan salah seorang kawan serumah ku ( a.k.a generasi sebelumku..) , time diorang kecil dulu, tiap kali lepas hujan ja, cendawan mesti tumbuh and diorang akan petik / cabut (aku x pasti istilah mana paling sesuai) cendawan tu dan masak. Kebetulan cendawan tu memang tumbuh belakang rumah ja..(macam seronok ja..hehe.)

So hujung minggu tu, aku dan salah seorang kawanku turun ke pasar untuk beli lauk basah..dan mungkin rezeki aku, kitorang terjumpa kulat ni dijual kat pasar..aku la yang paling excited sebab akhirnya aku dapat gak melihat rupa sebenar kulat yang diperkhabar2 kan dulu.hehe. Maka kitorang pun beli dan masak..

Cara basuh cendawan ni lain sikit..aku tak tahu macam mana nak cerita dalam penulisan camni..(i'm sorry my friends..huhu)..and aku terlupa nak snap pic time membasuh kulat tu.huhu. Tapi jangan risau, aku sempat snap pic kulat tu tapi yang dah siap masak gulai la...hehe..hope u'll enjoy..peace !!!


p/s :: title post ni aku ambil sempena nama kulat ni (menurut akak housemate aku la..huhu)
special credit to >> siS r0haya (k ya) and siS n0r aziLah (k ziLa)

Thursday, January 7, 2010

alhamduLillah..hehe

Selesai segala semester study, selesai kursus kawin, selesai praktikal, selesai segala yuran study..sudaah! selesai semua sudaaaah...!! wah3..konvo pula lambt lagi..muet nye result masih tak nak keluar lagi..nak apply ipta takleh lagi la gamaknye..(p/s: nak tawen pun taleh lagi, sijil tawen den terlupa nak amek.hahahha)


so bile ade yang bertanya status aku sekarang..maka dengan selambe aku menjawab
"baru je habis study..." huhu...

akan tetapi jikalau kemudiannya pertanyaan disambung kepada...
"so watpe ja sekarang? tak kerja??"..


huhehu..serta merta aku menjadi kaget, sedikit terkaku..dan mungkin juga terkelu..lantas aku memutuskan untuk jawab "insyaALLAH akan dirundingkan..ekeke..." atau "tengah cari la ni sebenarnya..kerja part tym..hehe"


adeh.segan lak kalau org bertanya sal kerja ni.
Suatu kemestian kah bekerja selepas habis study???

Akhirnya..soalan tu terlepas gak untuk aku taip kat sini.haha.kalau aku tanya soalan ni kat public, takut diorg fikir lain lak..bagi aku, idak ler wajib nk terus koje.. stay kat rumah pun okay what..belajar ilmu masak lebih sikit..menjahit ke...tolong kemas2 rumah ke..aii mana la tahu sebagai persediaan untuk dot dot dot... (sila isi sndri..haha) ... di samping ringankan beban mak ayah gak..ngeh3.. dan tak lupa juga berbakti pada adinda2 yang masih bersekolah...hehe..

Walaubagaimanapun..keinginan nak kerja tu masih lagi tersisa kat jiwa aku ni..haha..kata pun anak jati Malaysia..takkan la tak nak berbakti pada negara..(haha..ayat penuh mendalam ni..)
paling lekeh pun dapat gak masuk income..hehe..leh simpan untuk tujuh keturunan aku lepas ni..ekekekkeke...

kalau boleh, niat dihati memangla nak mohon kerja yang ada kaitan dengan bidang yang diceburi..tapi kalau tak da rezeki..tak mengapa la...sebab aku hanya layak apply kerja takat espiem ja wat masa sekarang..sebab belum lepas konvensyen lagi..huahua..

takpa..yang penting..bak lagu amy :: happy (haha..tibee...) =P






Jangan Lupa Lirik..ekekeke

Memandangkan aku ni sometimes suke jugak melalak sorang2 even tak pernah jejak ke tempat karaoke..that's y la rancangan ni antara my favourite..hahaha..di samping memang 'listening music' tu antara hobby aku..(buat perkara lagho la ang ni!!huhu)

sengaja aku nak post something yang aku dapat dari rancangan En Aznil ni..ekeke. Ada satu lagu nyanyian k Ziana Zain yang telah berjaya membuatkan aku terasa nk go0gle pasal lirik dia..maybe sebab lirik dy aku rasa berisi..and nak share kat sini..ngeh3..

sorilah kalau sebenarnya aku agak terkebelakang pasal lagu ni..sebab lagu ni 1st time aku dengar..haha..walaupon sebenarnya (honestly) rentak dia tak berapa best..al-maklumlah lagu ni pun dipertandingkan dibawah tajuk JOGET..(den memang tak bapo nak konan..hehe)..



KALAU MENCARI TEMAN :: Ziana Zain

Kisah Duka Ulang Berulang
Hati Luka Cinta Kecundang
Bagaikan Bunga
Kembang Dipuja
Layu Dibuang

Bercintalah Berpada-Pada
Usah Serah Segala
Turutkan Hati
Turutkan Rasa

Demi Masa Depanmu
Berhati-Hati Selalu
Kaji Asal Usulnya
Jangan Sampai Terpedaya

Dari Kau Bercinta-Cinta
Baiklah Berumah Tangga
Kalau Mencari Teman
Janganlah Memandang Luaran
Cari Yang Beriman

Terlajak Perahu
Ditarik Semula
Terlajak Tindakan
Menyesal Sepanjang Siangan

----
Bercintalah Berpada-Pada
Usah Serah Segala
Turutkan Hati
Turutkan Rasa

Diri Sendiri Akan Binasa