Tuesday, February 22, 2011

Eh awak ada gigi rupanya..!

"Mak aih, sakitnya.....", detus hatiku.

Pantas aku menyelongkar almari bajuku. Mencari cermin muka untuk digapai. Misteri kesakitan mulutku mesti aku selongkar! Wah, dah rupa Detective Conan je bunyi! Haha. Terkebil-kebil mataku melihat ada sesuatu yang berwarna putih dihujung barisan bawah gigiku.

"EH, Biar Betul..!", kataku kurang pasti.

Woohoo...wait! Aku pun dengan semangatnya mengira jumlah bilangan gigiku. Memang tak seimbang antara susunan bawah gigi bahagian ruang kanan dan kiri.

"Fuhyoo..newborn tooth la..wow!"

Err..Do i need to celebrate this? Haha. Cakap macam best je. Sakitnya tuhan saja tahu. Tapi, Gigi bongsu, kot!! After this, tak merasa dah kau tumbuh-tumbuh gigi sebegini. Mungkin penggunaan gigi palsu will be next. (err..hopefully not!)

Bercakap fasal sang wisdom teeth, mengingatkan aku pada teguran dari seorang sahabat, "Wah, kau nak matang dah la tu!". Habis, selama ni aku tak matang lagi la? Terima kasih sebab jujur. Sob3.

Gigi Bongsu tu hape, weh!!!!

Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. (okay, aku 21 tahun!) Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik. (no wonder, sakit!!)

Habis, kalau sakit, nak buat apa? Korang boleh cuba berkumur dengan air suam yang dicampur dengan sedikit garam selain guna ubat yang doktor beri. Tak pun, jangan makan makanan yang pedas atau panas (in case kesakitan gigi bongsu mempengaruhi gusi..dan menyebabkan gusi turut sakit..macam yang aku alami!). Lagi satu, hisap ketulan ais batu supaya gusi menjadi kebas.

Eh, Nabi pernah rasa sakit gigi tak?

Guys, mestilah pernah! Nabi pun manusia juga, right? Salah satu Kisah Nabi Musa a.s ada berkisar mengenai gigi. Seperti yang semua maklum, sebagaimana para Anbiya' yang lain, Nabi Musa a.s turut dikurniakan Allah s.a.w mukjizat. Dan diantara mukjizat baginda, ialah dapat berbicara secara langsung dengan Allah s.a.w. (Subhanallah!)

Maka, pada suatu hari baginda telah mengalami kesakitan gigi. Nabi Musa a.s pun bertanya pada Allah s.a.w, apakah ubat yang paling baik? Lalu, Allah s.a.w pun menunjukkan sejenis daun yang akan dapat menyembuhkan sakit gigi apabila disapukan ke gigi yang sakit. Setelah baginda melakukannya, sakit gigi baginda pun sembuh.

Kemudian datang pula suatu masa yang lain, sekali lagi baginda di uji dengan kesakitan gigi. Tanpa buang masa, Nabi Musa a.s pun mencari daun tersebut dan melakukan sebagaimana dahulu. Malangnya, kali ini sakit gigi baginda tidak sembuh.

Lalu, Nabi Musa a.s pun bertanya kepada Allah, kenapa sakit gigi baginda tidak sembuh setelah disapu dengan daun yang dahulunya mampu menyembuhkan.

Jawab Allah : "Dahulu ketika kamu sakit gigi, kamu tanya ubatku kepadaKu. Dan Aku menyembuhkan. Tetapi, kali ini kamu sudah yakin dengan dirimu sendiri dan daun itu. Oleh itu, Aku berlepas tangan daripada menyembuhkan sakit gigimu itu."

Jawapan itu menyedarkan Nabi Musa a.s bahawa sebenar-benar penyembuh penyakit itu bukannya daun mahupun ubat itu, tetapi Allah s.a.w yang Maha Pencipta dan Penyembuh.

P/s: Alhamdulillah, Syukur padaMu ya ALLAH kerana aku dikurniakan nikmat gigi.

No comments: