Tuesday, January 25, 2011

You funny and i like it..hehe

Question : Did you ever makes people smile when you are talking? If yes, you probably are funny people. And people might love you.

Tapi kan, ada ke gurauan yang menyakitkan hati?

Eh, apa pulak? Nama pun gurau kan? Takkan nak makan hati? Sound weird, but it's true, babe. Nak bergurau pun biarlah ada batasannya kan?
  1. Kalau orang sedang berbicara serius, takkanlah kita nak melawak pulak? Memang agak nak kena balingan selipar terbaik la kot.
  2. Janganlah terlalu kerap bergurau. Lama-kelamaan, orang sekeliling pun mungkin naik menyampah. "Eh, kau ingat kau lawak sangat?"
  3. Jangan bersenda gurau untuk perkara yang mungkin akan menjatuhkan maruah seseorang atau ia mungkin seperti memperlekehkan seseorang. (Hati-hatilah, atau awak mungkin akan kekurangan kawan selepas ini)
  4. Jangan gurau + menipu, okey! Lagi-lagi bergurau mengenai perasaan. Mungkin sebilangan orang okey mengenai ini. Tapi saya rasa, yang okey tu hanyalah sebilangan kecil sahaja. "Haha, aku tipu je la tadi..! Kau ni cepat je percaya". Hello, alhamdulillah tau dia masih percaya lagi kat kau. Kalau sudah hilang kepercayaan dia pada kau, baru kau tahu tinggi rendah langit. (Guys, please don't do this. Tak baik, okey!)
  5. Sila bergurau ikut tahap penerimaan seseorang okay. Kalau bergurau dengan mak ayah, takkan lah sama dengan cara kita bergurau dengan kawan-kawan? (Agak-agak kalau buat perangai macam ini dengan bakal pak dan mak mertua, kena reject tak?)
Islam ada sebut ke tentang senda gurau?

Absolutely, yes. Islam kan sebuah agama yang lengkap. Hampir setiap perkara yang kita lakukan ada cara Islam tersendiri. Antaranya, Islam ada mengajar kita untuk bersederhana. Contohnya, sederhana dalam pemakanan, sederhana dalam perbelanjaan. And yes, dalam konteks gurauan pun perlu bersederhana. Di bawah, saya senaraikan beberapa sumber yang ada menyebut tentang gurauan :
  1. Dalam Kitab Ihya' Ulumuddin, Imam Ghazali ada menyenaraikan senda gurau ini sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Beliau berkata, "Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya."
  2. Imam Ghazali juga pernah berkata, "Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, makan akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela."
  3. Nabi s.a.w juga pernah bersabda, "Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar." - Riwayat At-Tarmizi
  4. Lagi sabda Nabi s.a.w, "Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa".
  5. Sabda Nabi s.a.w, "Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya." - Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah
  6. Saidina 'Umar r.a pernah berkata, "Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?" (maksud asal al-muzaah = alih) Mereka menjawab, "Tidak!" Maka 'Umar r.a menjawab, "Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran".
Bagaimana pula cara Rasulullah s.a.w bergurau ye?

Disini saya hanya tulis 2 (dua) buah kisah sahaja tentang bagaimana cara Rasulullah menyampaikan gurauan baginda.
  1. Suatu ketika ada seorang nenek tua bertanya kepada Nabi s.a.w, "Ya Rasulullah, apakah aku ini layak masuk ke syurga?" Nabi s.a.w menjawab, "Tidak ada perempuan tua yang masuk syurga." Lalu, nenek itu menangis, kemudian Rasulullah s.a.w sambil tersenyum meneruskan perkataannya, "Di syurga nanti, umur manusia berkisar antara 30-35 tahun (dimudakan lagi) muda, cantik dan tampan kembali." Barulah nenek itu tersenyum senang. (Hadis Riwayat Tarmizi)
  2. Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w, meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi s.a.w mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda, "Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta." Padahal pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya untuk bergurau. Lelaki tersebut mula merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, "Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan sahaja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang." Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda, "Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya." (Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi dari Anas, Hadis Sahih)
P/s : Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan mengeratkan hubungan sesama muslim. Tapi ingatlah, andai tidak kena caranya, barangakali dengan hanya bergurau lah mampu menolak kita terus terjerumus ke azab neraka. Na'uzubillah..

Saturday, January 1, 2011

Ikan Pari Masak Asam Pedas

Ting tang.. Ting tang...
Alexander!!!

Hari ni saja post entry pasal lauk. Rindu nak makan ini lauk!! Sebenarnya entry ini tiada kaitan dengan perasaan yang perasan pandai sangat masak. But, YES! Ia berkaitan sharing is caring. Hehe. Dan yang paling penting, entry ni ditulis supaya tuan empunye blog tidak sewenang-wenangnya lupa cara masak..ops!

So, here we begin..

Bahan-bahan : bawang merah, bawang putih, halia, serai, belacan, sambal (yang telah diblend), ikan pari yang telah dibasuh dan dipotong, daun kesum, asam.

1. Blend semua :
- bawang merah
- bawang putih (dalam 3 ulas)
- halia (saiz besar ibu jari)
- serai (dalam 3 batang)
- belacan > sepotong kecil (agak-agak)
- sambal (yang telah diblend) > agak-agak dalam dua sudu.
2. Panaskan minyak atas periuk
3. Setelah minyak cukup panas, masukkan hasil blender dalam periuk dan tumis sehingga masak.
4. Masukkan asam (agak-agak dalam 1 sudu kecil penuh)
5. Masukkan air (sukatan perlu di-agak) - mengikut banyak mana kuah yang dikehendaki
6. Masukkan daun kesum.
7. Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa dan gula setengah sudu besar.
8. Setelah agak-agak sudah cukup rasa kuahnya, masukkan ikan pari.
9. Tunggu sehingga mendidih dan masak ikannya.

DONE...!!!


p/s: sori le, terbanyak lak dedaun kesum i taruk. Haha