Disebabkan angin bermain-main dalam badanku, terlintas hatiku nak tulis entry ini. Kisah sejenis angin yang pernah dikhabarkan dari masa zaman Rasulullah lagi. Namanya, Angin Ahmar. Sebetulnya angin ini membawa penyakit yang boleh dikatakan agak hebat kesannya iaitu mati. Subhanallah, Maha Kuasa Allah yang Maha Menghidupkan dan Mematikan.
Oleh kerana itu, dengan rahmat Allah juga, DIA turut mengkhabarkan pada Nabi junjungan kita, Rasulullah berkenaan doa penawarnya. Doa ini sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya. Istimewanya, doa ini hanya perlu dibaca sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, dan dengan Kuasa dan rahmat Allah, kita akan dipelihara daripada penyakit Rihul Ahmar ini.
Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.
Lembaga itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya di antara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.
Mendengar itu Nabi Sulaiman A.S. memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.
Kemudian Lembaga itu pun ghaib sehingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah iaitu Syaidina Hassan r.a. telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Jibrail A.S. datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.
Bila ditanya adakah ubatnya, Jibrail A.S. mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang semula kepada Rasulullah S.A.W. Jibrail A.S.mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.
4 comments:
mmg tbaik!
^^
thanks wan :)
doa dia pe najwa?kongsi ckit..ade x lg kisah para rasul2..nk cerdaskan minda nie blk ke zaman Rasulluallah..
insyaALLAH nati if ade masa i share kisah2 nabi..em doa dy ade kite post kat atas tu..hee
Post a Comment