Monday, March 7, 2011

kau CANTIK, kau HENSEM

Ahad lepas, ada lah salah satu Kolej kat tempat aku study, anjurkan program "Grooming". So, kawan aku seorang ni punya lah beriya bebenor mengajak aku join the club (Ops, aku lupa yang aku ni artis! Haha). Ya Allah, seriously aku malas. Aku pun menolak baik-baik pelamaran kawan aku ni. Bukan apa, karang tak pasal-pasal barang solek yang disediakan membantu pertumbuhan bukit bukau kat muka. Siapa nak bertanggung jawab..? Aku jugak.. (ceh, demand! haha)

Eh Grooming tu hape?? Meh nk habaq.. Grooming is commonly used to refer to a persons appearance. In other words, to clean the body and make neat. Ayat melayu nya, berdandan. hehe.

Nak dijadikan cerita, malam tadi, seorang kawan aku (yang lain) datang lepak bilik aku (macam biasa, bilik aku dah macam bilik kedua dia). Borak punya borak, sekali dia pun buka cerita pasal grooming hari tu.

Emi : Wa, kau tahu..hari tuh budak-budak yg join grooming..balik je kolej..aku tengok bukan main santek lagi dress-up mereka..

Aku : Yeke...mesti muka diorang pun santek-santek, kan. hehe

Emi : Aku rasa lah kan diorang memang plan nk dress-up macam tu lah.

Aku : Yela, da make-up santek..plan nak outing mana-mana lah kot lepas tu

Emi : Masalahnya, kau tahu, ada sorang ni..nampak benor menipunye..dari jauh lagi aku nampak yang dia memang jantan..pun sama la, baru balik dari grooming.

Aku : Serius ke weh?? Haha..mana tahu dia memang girl. kau pandai je buat assumption.

Emi : Serius weh..rambut dia pendek..muka make-up semua..pakaian pulak baju perempuan punya.. dan yang paling tak boleh blah, sanggup join pakai heels.. budak tu berdiri depan aku je kot. Kalau dah lelaki tu, lelaki jugak. tak boleh sorok la..

Aku : Kasut siapa la beliau rembat, barangkali. hehe.. entah la weh.. soalan aku, agak-agak macam mana la eh dia nak masuk kawasan asrama siswa dalam keadaan cun camni.. haha. takut kena telan selipar je..

Perkara ni actually membuatkan aku teringat pada salah seorang student kat kolej aku. Malam tu kami (pelajar tahun satu) diarahkan berkumpul kat foyer kolej. So macam biasa, pelajar siswa secara auto nya terasing kedudukannya dengn pelajar siswi. Siswa-siswa berkumpul duduk di bahagian depan, dan siswi-siswi pula berkumpul duduk di bahagian belakang.

Maka datang lah seorang student ni (Kantoi..lewat. hehe). Rambut dia cantek, pandai dia wat pacak.. (agak2 rambut i yang lembut ni boleh adjust jadi pacak tak...nak try gak. Haha) Dress-up dia pun boleh tahan.. Tapi lah kan, mat ni gilo ke apo, malam-malam pakai seluar Jeans, hensem-hensem macam nak pergi mana je.. orang lain rilek je nak sarung pe..baru balik surau siap (ehem..ciri-ciri dah nampk dah tu. Hehe).

Tapi (again!).. kenapa kah student ni muka dia macam weird.. nampak macam cute dalam hensem... La! perempuan rupanya!.. Ya Rabbi...padan la setiap masa aku dok usha dia tak habis-habis meng-adjust rambut, dress up pun mestilah kena jaga..nak kekalkan kejantanan, barangkali? hehe. Karang orang tahu kau sebenarnya perempuan, tak ke naya? (hehehe)

(Sambung cerita..)

So aku pun terus usha je dia, aku nak tengok..dia akan memilih duduk di bahagian mana.. Bukan apa, aku tengok dari tadi dia dok ke hulur hilir macam mencari tempat. Nak duduk belakang, eh tu kan tempat siswi je..nak pergi bahagian depan..sume siswa pulak (kau berani ke...haha)..Akhirnya, dia pun mengambil keputusan untuk duduk di bahagian tengah di antara bahagian depan dan bahagian belakang.. Okay, memang kelakar gile. Hahahahaha.

No way! Are you freaking kidding me??

Astaghfirullah hal adzim...
Astaghfirullah hal adzim...
Astaghfirullah hal adzim..

Aku malas nak cakap banyak. Kutuk banyak. Aku takut mende ni berbalik pada aku je. Tak pun terkena pada keturunan aku. Nau'zubillah. Itu tak campur lagi dosa kutuk. Tapi, oleh kerana aku ni pernah bersekolah di sekolah agama (Alhamdulillah, syukur pada Mu, ya Allah), aku masih berpegang pada ilmu yang pernah murabbi aku share.

Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa (maksudnya) : "Rasulullah s.a.w melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita (al-mukhannathiin / al-mutasyabbihiin bi al-nisa') dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki (al-mutarajjilaat / al-mutasyabbihat bi al-rijaal)" - Riwayat al-Bukhari

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya) : "Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki" - Riwayat Abu Daud dgn sanad sahih (dipetik daripada kitab Riyadhus Salihin)

Dua hadis diatas jelas menunjukkan bahawa HARAM hukumnya... Ulang suara, HARAM..bukan makruh. Ayat "laknat / azab / hukuman yang pedih di dunia dan akhirat" dalam nas membawa erti bahawa pelakunya adalah berdosa besar dan menjadi fasiq sehinggalah dia bertaubat dengan taubat nasuha.

Jika perbuatan menyerupai atau berlagak sahaja pun telah dikategorikan sebagai berdosa besar dan dilaknat Nabi s.a.w, apatah lagi perbuatan mengubah sesuatu anggota menjadi anggota jantina berlawanan, lebih-lebih lagilah dosanya. Na'uzubillah. Sama-sama lah kita belajar untuk menjadi seorang hamba Allah taala yang tahu bersyukur, Amean..

P/s : Ya Allah, jangan KAU hilangkan hidayah yang pernah KAU berikan kepada kami..dan KAU berikan lah hidayah serta petunjuk MU kepada mereka yang telah terpesong dari agamaMU..Amean ya Rabbal al-Amin..

Tuesday, March 1, 2011

Serbuk Yang Perlu di Tapis

Aku punya kawan. Kawan aku ramai.
Ada perempuan dan juga lelaki.
Kawan taska 4 tahun, tadika 5 tahun dan tadika 6 tahun.
(Sorry, guys..aku ulang ayat tadika sebab aku ada banyak tadika. HAHA)
Plus, kawan sekolah rendah dan juga sekolah menengah, kolej, universiti, tempat kerja.

Eh, tu tak campur jiran aku, kawan kepada kawan-kawan aku, makcik cleaner, pak guard, lecturers, para guru dan murabbi, pakcik yang jual ais krim time petang, pakcik jual taugeh, heh! Dan ramai lagi la, tak silap aku...

Wow. Famous rupanya aku!
HAHA

Question : Boleh ke hidup tanpa kawan?

Hais, nampak benor menipunya...(gaya Usop, Kak Limah Balik Rumah. Haha). Kalau rasa-rasa boleh hidup, mesti tempatnya bukan di Dunia. Sebabnya, awal-awal lahir lagi dunia ini sudah penuh dengan penghuni. Dunia tak dicipta kosong. So, bila ada penghuni, terang lagi bersuluh la kat situ, WAJIB kongsi dunia dengan penghuni yang lain. Kongsi dalam englishnya share. Means, nak tak nak awok kena gak berkawan. Kalau tak berkawan, with whom you gonna share, man?

Question : Semua kawan tu sure boleh dibuat kawan la?

Satu perumpamaan ringkas aku nak bagi. Katakanlah korang tengan makan buah limau. Perghh..sedapnya! Satu satu korang kupas dan telan. Al-maklumlah feveret. Hehe. WAIT! Apa korang buat if ter-makan buah limau yang kelat. "Haktuii...!", barangkali tu la respon paling cepat. Hehe. Korang mesti letak tepi dan tak makan. Macam tu jugak la kawan. Tak semua kawan boleh dibuat kawan yang betul-betul kawan.

Question : Habis, apa ciri-ciri kawan yang boleh dibuat kawan?

Easy, first thing you need to bother is, what do you wanna become next? Eh, kenapa tanya diri sendiri dulu pulak? Tak jawab soalan betul ni... Tapi, itulah jawapannya. Tipulah kalau korang mengaku tak pernah dengar istilah "Kawan itu ibarat cermin". Apa jua yang buruk dan baik kawan kita, mesti terkena tempias pada kita even sikit. Sure punya la!

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya : Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah englau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
  1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargainya atau menyebut kebaikan kamu.
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan bertanyakan kesusahan kamu.
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.
  13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang perkara buruk dan maksiat.
  14. Dia akan mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Firman Allah :
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengah yang lain kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).."
(43:67)

p/s : Berhati-hatilah memilih kawan / sahabat. Kerana kawan kita bahagia tetapi kerana kawan jugalah boleh menjahanamkan kita di dunia mahupun di akhirat.