Artist: Tariq Jabir
Sunday, September 27, 2009
beSt s0ng..
Saturday, September 26, 2009
Mangkuk Cantik, Madu dan Sehelai Rambut
Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk Yang Cantik, Madu, Dan Sehelai Rambut).
Abu Bakar r.a. berkata,
"Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".
Umar r.a. berkata,
"Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".
Uthman r.a. berkata,
"Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".
'Ali r.a. berkata,
"Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih susah dari meniti sehelai rambut".
Fatimah r.ha. pula berkata,
"Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih susah daripada meniti sehelai rambut".
Rasulullah SAW berkata,
"Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amalan yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Malaikat Jibril AS berkata,
"Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Allah SWT berfirman,
"Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Wednesday, September 23, 2009
Hari Kemenangan Umat Islam
Monday, August 24, 2009
Ramadhan untukku
Cantik sekali nikmat Allah dimana DIA telah memilih akhir Bulan Ogos sebagai bermulanya detik Ramadhan Kariim. Bila sebut pasal Ramadhan ni, kita selalu disogokkan dengan amalan bersahur(bila ada sahur,pastinya ada berbuka, right?) , tarawikh (Alhmdulillah untuk sape2 yang buat 20 rakaat..hehe), dan mengaji Qur'an disamping menjaga segala pandangan, pendengaran dan percakapan..
Tapi, pernah tak korang fikir bahwa Ramadhan ni seolah2 adalah saat kelahiran kita yg baru? In short, bayi yang tiada dosa..? yang bersih hatinya? yang putih pemikirannya? yang hanya tahu erti menangis seolah tanda takutnya dia pada Allah dan pada cabaran yang bakal ditempuhi didunia?
kerna KAU mengurniakan kesempatan untukku bertemu lagi dengan bulan ini (Ramadhan) sebagai wasilah untuk ku perkemaskan kembali iman dan kecintaanku padaMU...
Alhamdulillah...syukur ya ALLAH..
Monday, July 6, 2009
duNia sebenaR seMester 5
Tak termasuk bulan ni...kalau tak salah otakku mengira, tinggal lagi 3 bulan sebelum aku menamatkan semester 5..bila sebut semester 5, tak mustahil la kalau ianya boleh dikatakan semester yang paling sibuk..macam-macam nak kena setelkan..1. Assignment (for sure la..perkara wajib..hehe)
2. Final Project (wajib untuk mereka yang da nk 'blah' dari
kuis..mcm aku..uWaa)
3. Industrial Training ( kena pikir sendiri target lokasi..buat
resume..cover letter..application letter...dan transkrip result
seluruh semester yang lepas )
4. Examination (mid sem + finaL..)
5. Kursus Pembangunan Keluarga
- New Straits Times Press (NSTP)
- Media Prima Berhad TV3
- Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
- Les'c0paque
- Telekom Malaysia Berhad
- Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS)
- PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
- Tayangan Unggul Sdn Bhd
- epr0tea techn0. Sdn Bhd
- Innopeak (M)
Dan nampaknya semester ni, final exam jatuh pada bulan yang mulia iaitu..RAMADHAN KARIIM...hehe..sem0ga lebih berkat~ amean.. Bonus untuk sem ni, aku terpaksa amik 2 subjek bahasa english..howaaa... Makanya jumlah paper keseluruhannya yang kena ambil + jawab adalah 5..huhu. Lupa nak mention, semester ini juga kami dikehendaki menduduki exam MuET..(bagiku untuk kali kedua sebenarnya)..haha..apa-apa pon..chaiyok, naJwa!! =)
Kursus Kawin atau nama lainnya adalah Kursus Pembangunan Keluarga..ahaha..antara aktiviti wajib kolej kepada para senior2..hehe..dimana, kursus ini membantu menguatkan asas2 yang penting sebelum membina maSjiD..hehe..Kawin tu suNat, oiii...ahaha..malah boleh menjauhkan diri daripada maksiat..sem0ga k0rang cepat kawin!!haha (khas untuk budak bilik..hehe)
Thursday, June 11, 2009
itulah s.U.s.U

Susu..susu..dan susu. Sedapnyaaa la..hehe. Siapa yang tak minat minum susu, bagi aku, dialah manusia pelik kat dunia ni. Bukan ke korang dah diajar minum susu masa mula-mula kenal dunia? Dan pernah tak terfikir..kenapa susu? kenapa tak air lain...? hehe.. itulah yang dikatakan keajaiban susu. Subhanallah, Maha suci Allah yang menciptakan susu.. Malahan hebatnya susu ini sehingga diperakui oleh Nabi kita, Muhammad s.a.w sendiri..Sebagaimana dalam hadisnya yang berbunyi,Dari Ibnu Abbas r.a,dia menceritakan:
(Hadist riwayat Ibnu Majah)
- Susu manusia cair dan kaya dengan laktosa, kebanyakannya gula.
- Susu lembu lebih rendah kandungan gula dan tinggi dalam protein, dan mengandungi sekitar 3.5% hingga 6.5% lemak susu, 4% hingga 8.5% pepejal susu dan sekitar 88% air. Protien utamanya (80%) merupakan kasein, sementara protein whey membentuk bakinya.
Laktosa di dalam susu dihadamkan dengan bantuan enzim laktase dihasilkan oleh tubuh bayi. Bagi manusia, penghasilan laktasa menurun kearah dewasa (bergantung kepada gen seseorang), dalam kebanyakan kes sehingga tahap dimana laktosa tidak dapat dihadamkan, mendorong kepada ketidaktahanan laktosa, keadaan gastrointestinal yang terdapat kepada ramai orang. Susu penuh mempunyai sekitar 634 kalori setiap liter.
Tapi kali ini kita fokus tentang khasiat susu lembu sahaja..hehehehe..kenapa susu lembu dikatakan sihat?? Ini adalah kerana kandungan protein dan kalsium yang terdapat didalamnya dimana, ia merupakan sumber baik bagi sejumlah vitamin. Selain itu ia mengandungi sejumlah zat lain (samada secara semulajadi / pengkayaan) :
- Vitamin D & K - untuk pembentukan tulang.
- Iodin - mineral penting bagi fungsi tiroid (thyroid)
- Vitamin B12 & Riboflavin - untuk kesihatan kardiovaskular dan penghasilan tenaga
- Biotin & asid Pantothenik - vitamin B penting bagi penghasilan tenaga
- Vitamin A - untuk sistem imunisasi
- Potassium & Magnesium - bagi kesihatan kardiovaskular
- Selenium - sedikit (trace) mineral penghalang-barah
- Thiamin - vitamin B-penting bagi fungsi kognitive, terutamanya daya ingatan (hehe)
- Conjugated asid Linoleik - asid lemak berguna yang membantut beberapa jenis barah pada tikus, telah terbukti membunuh sel barah kulit manusia, sel barah kolorektal dan sel barah payu dara dalam kajian vitro, dan mungkin membantu mengurangkan kholesterol dan menghalang (atherosclerosis); hanya bagi susu yang di dapati daripada lembu yang makan susu.
Subhanallah...Akan tetapi, bagi individu yang mempunyai keadaan yang dikenali sebagai tidak tahan laktosa (lactose intolerance), susu mungkin menyebabkan simptom seperti kekejangan, kembung air, perut berangin, dan cirit-birit. Dan susu lembu juga didakwa sebagai tidak sihat terutamanya kerana kandungan lemak dan kolesterol..hehe. Akhir kata, renung-renungkan dan fikir-fikirkan apa yang terbaik untuk kita..
Saturday, June 6, 2009
which onE is u...?
Kesilapan "biasa + kerap" kaum hawa..
- Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
- Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
- Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
- Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
- Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
- Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
- Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
- Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.