Monday, July 6, 2009

duNia sebenaR seMester 5

Tak termasuk bulan ni...kalau tak salah otakku mengira, tinggal lagi 3 bulan sebelum aku menamatkan semester 5..bila sebut semester 5, tak mustahil la kalau ianya boleh dikatakan semester yang paling sibuk..macam-macam nak kena setelkan..

1. Assignment (for sure la..perkara wajib..hehe)
2. Final Project (wajib untuk mereka yang da nk 'blah' dari
kuis..mcm aku..uWaa)
3. Industrial Training ( kena pikir sendiri target lokasi..buat
resume..cover letter..application letter...dan transkrip result
seluruh semester yang lepas )
4. Examination (mid sem + finaL..)
5. Kursus Pembangunan Keluarga

Sebut pasal Assignment, 1 minggu tak sah kalau x wujud aSSignment dari lecturer terchenta khas untuk anak-anak didiknya...itu belum lagi termasuk tahap kepayahan menyiapkannya..ahaha...Kalau secara individu mungkin kita boleh manage time sendri..tapi kalau berkumpulan..?? disitula akan wujud istilah pengorbanan tiap ahli ( dari segi masa, wang ringgit, dan usaha ).. dalam sedar tak sedar, semuanya memainkan peranan penting dalam menghasilkan hasil kerja yang memuaskan..dan inilah sebenarnya bukti cinta para guru terhadap pelajarnya...hehe..
Final Project pula..kami berdua (akmaL + aku) masing-masing memerah otak dan keringat memikirkan idea-idea best untuk penghasilan project yang memuaskan dan cemerlang..hohoho..Final Project yang diberi nama Fall in Love with Mandarin (FILM) masih lagi dalam proses pembikinan..hu..awal bulan 8 daa nak kena submit..ya ALLAH permudahkan la urusan kami..amean..
Memandangkan pihak fakulti KUIS tak menempatkan pelajar-pelajar mereka di tempat yang khusus untuk praktikal..makanya, kami selaku student terpaksa la memikirkan dan mencuba sendiri untuk memperlayakkan diri masing-masing ke mana-mana lokasi yang kami pilih sendiri dengan syarat, tempat tu mestilah berkaitan dengan bidang kami..hehe..Jadi aku pon memberanikan diri untuk memohon di 10 company yang aku pilih sendiri seperti yang tersenarai di bawah..haha..
  • New Straits Times Press (NSTP)
  • Media Prima Berhad TV3
  • Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
  • Les'c0paque
  • Telekom Malaysia Berhad
  • Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS)
  • PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
  • Tayangan Unggul Sdn Bhd
  • epr0tea techn0. Sdn Bhd
  • Innopeak (M)

Dan nampaknya semester ni, final exam jatuh pada bulan yang mulia iaitu..RAMADHAN KARIIM...hehe..sem0ga lebih berkat~ amean.. Bonus untuk sem ni, aku terpaksa amik 2 subjek bahasa english..howaaa... Makanya jumlah paper keseluruhannya yang kena ambil + jawab adalah 5..huhu. Lupa nak mention, semester ini juga kami dikehendaki menduduki exam MuET..(bagiku untuk kali kedua sebenarnya)..haha..apa-apa pon..chaiyok, naJwa!! =)

Kursus Kawin atau nama lainnya adalah Kursus Pembangunan Keluarga..ahaha..antara aktiviti wajib kolej kepada para senior2..hehe..dimana, kursus ini membantu menguatkan asas2 yang penting sebelum membina maSjiD..hehe..Kawin tu suNat, oiii...ahaha..malah boleh menjauhkan diri daripada maksiat..sem0ga k0rang cepat kawin!!haha (khas untuk budak bilik..hehe)

Thursday, June 11, 2009

itulah s.U.s.U

Susu..susu..dan susu. Sedapnyaaa la..hehe. Siapa yang tak minat minum susu, bagi aku, dialah manusia pelik kat dunia ni. Bukan ke korang dah diajar minum susu masa mula-mula kenal dunia? Dan pernah tak terfikir..kenapa susu? kenapa tak air lain...? hehe.. itulah yang dikatakan keajaiban susu. Subhanallah, Maha suci Allah yang menciptakan susu.. Malahan hebatnya susu ini sehingga diperakui oleh Nabi kita, Muhammad s.a.w sendiri..Sebagaimana dalam hadisnya yang berbunyi,

Dari Ibnu Abbas r.a,dia menceritakan:

"Bersama Rasulullah s.a.w, aku dan Khalid bin Walid menemui Maimunah, lalu dia(Maimunah) membawakan kami satu benjana berisi susu,lalu baginda meminum sebahagian darinya. Pada waktu itu, aku berada di sebelah kanan baginda,sedangkan Khalid berada di sebelah kirinya. Kemudian baginda berucap kepadaku,'selanjutnya minuman ini gilirinmu,jika engkau berkenan,berikan kepada Khalid. Kemudian baginda bersabda, 'Tidak ada makanan dan minuman yang menandingi susu."
(Hadist riwayat Ibnu Majah)

Bukan setakat tu saja..hebatnya susu ini sehingga tercatat dalam sejarah agung Isra' mikraj Rasulullah s.a.w ketika mana beliau telah dibawakan malaikat Jibril 2 bekas air yang berbeza iaitu susu dan arak. Akan tetapi baginda memilih susu. Maka telah dikatakan kepada beliau: Kamu membuat pilihan yang tepat! Allah menghendakimu dan umatmu dalam keadaan fitrah iaitu kebaikan dan kelebihan. Kemudian difardukan pula kepadaku sembahyang lima puluh waktu setiap hari kemudian diceritakan kisah seterusnya hingga ke akhir Hadis.

Walaubagaimanapun, kandungan susu berbeza mengikut spesies masing-masing. Faktor seperti kandungan laktosa, perbezaan kandungan dan saiz (globule) lepa lemak dan kekuatan (curd), dibentuk oleh enzim manusia menghadamkan susu, boleh berbeza antara mamalia dengan mamalia lain. Sebagai contoh:
  • Susu manusia cair dan kaya dengan laktosa, kebanyakannya gula.
  • Susu lembu lebih rendah kandungan gula dan tinggi dalam protein, dan mengandungi sekitar 3.5% hingga 6.5% lemak susu, 4% hingga 8.5% pepejal susu dan sekitar 88% air. Protien utamanya (80%) merupakan kasein, sementara protein whey membentuk bakinya.

Laktosa di dalam susu dihadamkan dengan bantuan enzim laktase dihasilkan oleh tubuh bayi. Bagi manusia, penghasilan laktasa menurun kearah dewasa (bergantung kepada gen seseorang), dalam kebanyakan kes sehingga tahap dimana laktosa tidak dapat dihadamkan, mendorong kepada ketidaktahanan laktosa, keadaan gastrointestinal yang terdapat kepada ramai orang. Susu penuh mempunyai sekitar 634 kalori setiap liter.

Tapi kali ini kita fokus tentang khasiat susu lembu sahaja..hehehehe..kenapa susu lembu dikatakan sihat?? Ini adalah kerana kandungan protein dan kalsium yang terdapat didalamnya dimana, ia merupakan sumber baik bagi sejumlah vitamin. Selain itu ia mengandungi sejumlah zat lain (samada secara semulajadi / pengkayaan) :

  • Vitamin D & K - untuk pembentukan tulang.
  • Iodin - mineral penting bagi fungsi tiroid (thyroid)
  • Vitamin B12 & Riboflavin - untuk kesihatan kardiovaskular dan penghasilan tenaga
  • Biotin & asid Pantothenik - vitamin B penting bagi penghasilan tenaga
  • Vitamin A - untuk sistem imunisasi
  • Potassium & Magnesium - bagi kesihatan kardiovaskular
  • Selenium - sedikit (trace) mineral penghalang-barah
  • Thiamin - vitamin B-penting bagi fungsi kognitive, terutamanya daya ingatan (hehe)
  • Conjugated asid Linoleik - asid lemak berguna yang membantut beberapa jenis barah pada tikus, telah terbukti membunuh sel barah kulit manusia, sel barah kolorektal dan sel barah payu dara dalam kajian vitro, dan mungkin membantu mengurangkan kholesterol dan menghalang (atherosclerosis); hanya bagi susu yang di dapati daripada lembu yang makan susu.

Subhanallah...Akan tetapi, bagi individu yang mempunyai keadaan yang dikenali sebagai tidak tahan laktosa (lactose intolerance), susu mungkin menyebabkan simptom seperti kekejangan, kembung air, perut berangin, dan cirit-birit. Dan susu lembu juga didakwa sebagai tidak sihat terutamanya kerana kandungan lemak dan kolesterol..hehe. Akhir kata, renung-renungkan dan fikir-fikirkan apa yang terbaik untuk kita..


Saturday, June 6, 2009

which onE is u...?



Nabi SAW pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

Kesilapan "biasa + kerap" kaum hawa..

  1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Wahai gadis-gadis, wanita-wanita, perawan-perawan muslim sekalian..adakah kalian lupa akan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)


Tuesday, June 2, 2009

i'm in Lov with h.i.m =)

Kawan-kawan..!!

Have you ever fall in love?hehe.Tak pun pernah tak korang tak sedar bahawa korang sebenarnya cintakan dia? dan..pernah tak korang selalu tak perasan yang dia selalu care kat kita..selalu sayang kat kita..rindu kita..sampai pernah diam-diam menangis (lelaki kan ego) sebab kite...selalu tak jemu member..memberi..memberi..dan MEMBERI (i do this 4 times coz its more than 3 times as usuall we had said when something is important)...

Kita kadang-kadang tak perasan yang kita kejam kat dia...kita lupakan dia..tak tanya kabar sometimes..n kadang-kadang kawan lagii penting berbanding dia? huhu...apa yang dia cakap kadang-kadang ( but mostly) kita buat endah tak endah ja..walhal mende tu sangat penting tuk kita..kalau dia busy pon..dia tak pernah sampai abaikan kita..kita ibarat diari hidup dia..

Bila kita sakit..? Dia usaha SUNGGUH-SUNGGUH bawa pergi sana sini cari doktor untuk rawat kita sampai bagi kita sembuh..padahal bila dia sakit..dia selalu cuba sorokkan..dia tak nak kita tahu dia sakit..

Bila kita nak apa-apa ja..dia akan tunaikan..tapi dia tak pernah bagitahu kita apa yang dia nak...dan dia takkan dan tak pernah biarkan kita berlapar even sehari pun..bg dia..kita lagi penting dan lebih memerlukan dan itu sudah cukup untuk dia rasa kenyang bila tengok kita kenyang..

Kadang-kadang kita terlupa nk gayut ngn dia..dia yang call kita..borak-borak..yang sebenarnya dia melepaskan rindu pada kita..dia nak dengar suara halus kita..bila birthday lak..dia slalu kasi hadiah ke..kad ke..dan wish..tak pernah lupa..tapi kita?? kadang-kadang hmpir terlupa pun ada..tapi dia tak kisahpun..janji dia ingat kite..


Oh my g0sh...! He always wanna make me smile and happy..

PELIK KAN die..??

Why he's always dont care about giving??he's never mention about what he was done for me..


tapi..

PELIK LAGII KITE..!!

Hahaha..kadang-kadang kita tak pernah berterima kasih pada ALLAH sebab ciptakan dia untuk kita..dan kadang-kadang gak kita tak perasan sebenarnya kita khianat terhadap salah satu nikmatNYA ( it's him..! )..where we always being cruel to him..and we hurt him..

astaghfirullah-hal-adzim.. =(

Aku tak tahulah samada korang pernah dalam situasi ni atau tak...BUT I DO..dan aku rasa aku kejam =( walhal sebenarnya dia lah yang pallng setia ngan kita..dan paling sayang kita instead of my m0M..cuba kalau one day dah sampai masanya kita tak ada peluang untuk bersamanya lagi..? aku yakin at that time barulah kita sedar tentang perasaan kita yang sebenarnya SAYANG + CINTA dia jugak...cuma aku x pasti samada kita nye sayang dan cinta tu sama seperti dia sayang dan cinta kita..


he's my hero

he's my love

he's my inspire

he's my soul

he's my DAD


I LOVE U, DAD =)

-Happy Father's Day-

Sunday, May 24, 2009

Pemerintahan 'Ali bin Abi Talib r.a

Khalifah ‘Ali bin Abi Talib yang berketurunan Bani Hashim pula merupakan khalifah keempat dan terakhir dalam pemerintahan Khulafa’ ur-Rasyidin. Beliau juga merupakan sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah. Beliau telah berjaya memerintah selama 5 tahun iaitu dari tahun 656 hingga 661 Masihi bersamaan dengan 35 hingga 40 Hijrah.


PENCALONAN
Perlantikan ‘Ali sebagai khalifah banyak dipengaruhi oleh keadaan pada masa itu. ‘Ali dilantik menjadi khalifah pada 23 Jun 656M bersamaan 25 Zulhijjah 35H dimana perlantikan dibuat kebanyakkannya daripada masyarakat Islam Madinah iaitu golongan Ansar, termasuklah kaum pemberontak Kufah yang merupakan penyokong kuat ‘Ali.

SUMBANGAN
Sumbangan terbesar khalifah ‘Ali adalah kesanggupan beliau dalam meneruskan jawatan sebagai khalifah disaat berlakunya perpecahan dikalangan umat Islam. Selain itu, beliau menubuhkan markas tentera di sempadan Syria dan kutipan jizyah diteruskan.

KEWAFATAN
Khalifah ‘Ali bin Abi Talib r.a telah wafat pada hari Jumaat bersamaan 17 Ramadhan tahun 40H ketika berusia 62 tahun. Khalifah ‘Ali ditetak oleh Ibn Muljam pada waktu subuh sebagai pembalasan dendam diatas kematian rakan-rakannya di Nahrawan.

Pemerintahan 'Uthman bin ‘Affan r.a

Khalifah ‘Uthman bin’Affan terkenal dengan gelaran Zulnurain kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah s.a.w dan berketurunan Bani Umayyah telah berjaya memerintah selama 12 tahun iaitu dari tahun 644 hingga 656 Masihi bersamaan dengan 23 hingga 35 Hijrah dan merupakan khalifah ur-Rasyidin yang ketiga dalam Islam. Pemerintahan beliau dikatakan aman pada enam tahun yang pertama dan huru-hara pada enam tahun berikutnya.


PENCALONAN
Sebelum kewafatan khalifah ‘Umar, beliau dikatakan ada menyenaraikan beberapa nama yang dipilih dikalangan para sahabat untuk meneruskan pucuk pimpinan beliau sebagai khalifah. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya perebutan kuasa yang akhirnya menyebabkan perpecahan dikalangan umat Islam sendiri. Nama yang disenaraikan khalifah ‘Umar adalah ‘Uthman bin ‘Affan, Ali bin Abu Talib, Sa’ad bin Abi Waqqas, Zubayr bin ‘Awwam, ‘Abd Rahman bin ‘Auf dan Talhah bin Ubaidillah. Setelah berlalunya tiga hari selepas ‘Umar selamat dimakamkan, keenam-enam calon ini berkumpul dan bermesyuarat dirumah salah seorgang sahaba yang bernama al-Miswar bin Makhramah. Riwayat lain ada mengatakan di rumah Saidatina ‘Aisyah. Setelah penarikan diri yang dibuat oleh 3 orang sahabat iaitu Talhah bin Ubaidillah r.a, Sa’ad bin Abi Waqqas, dan Zubayr bin ‘Awwam, akhirnya pencalonan dibuat hanya pada salah seorang diantara ‘Uthman bin ‘Affan dan ‘Ali bin Abi Talib, dimana ‘Abd Rahman bin ‘Auf telah meminta kebenaran untuk mengadili proses perlantikan dan menarik diri daripada senarai pencalonan.


Antara usaha ‘Abd Rahman bin ‘Auf dalam mengendalikan proses pemilihan khalifah ialah meminta nasihat dan pendapat daripada pihak tertentu seperti para sahabat yang karib dengan Rasulullah dan juga ketua-ketua kabilah. Hasil tinjauan itu, beliau mendapati terdapat golongan yang memihak ‘Uthman dan tidak kurang juga yang memihak pada ‘Ali. Akhirnya ‘Abd Rahman bin ‘Auf memilih untuk bertanya sendiri kepada kedua-dua sahabat Rasulullah itu tentang kesanggupan masing-masing dalam memikul tanggungjawab sebagai khalifah. Dengan ketegasan dan kesungguhan jawapan yang telah ditunjukkan ‘Uthman, ‘Abd Rahman bin ‘Auf terus melantik ‘Uthman sebagai khalifah yang baru tanpa teragak-agak. Khalifah ‘Uthman telah selamat dibai’ahkan pada bulan Zulhijjah 23H dan ditabalkan menjadi khalifah pada bulan Muharram 24H. Antara isi ucapan dasar beliau adalah :


“Segala puji bagi Allah, Tuhan Segala Alam, selawat dan salam ketas junjungan kita Nabi Muhammad (saw). Wahai sekalian manusia, bahawasanya kamu berada dalam suatu benteng dan kehidupan kamu dalam usia yang sangat singkat. Dalam tempoh yang singkat itu maka kamu akan menemui ajal. Ketahuilah bahawa dunia ini penuh dengan tipu daya. Maka janganlah kamu tertipu dengan kemewahan hidup serta tipu daya dunia. Ambillah contoh daripada orang yang terdahulu daripada kamu dan berusahalah dengan penuh kesabaran sepanjang waktu”


SUMBANGAN
Antara sumbangan terbesar yang dilakukan khalifah ‘Uthman sepanjang pemerintahannya ialah tentang kesanggupan beliau dalam menyumbang harta dan kekayaannya untuk pertahanan Negara. Selain itu, usaha beliau dalam menyambung usaha khalifah Abu Bakar dalam pengumpulan dan pembukuan al-Qur’an didalam satu naskhah. Khalifah ‘Uthman juga memutuskan supaya diadakan hanya satu bentuk al-Qur’an sahaja iaitu mengikut loghat Quraisy dan ia kemudiannya dinamakan Mashaf ‘Uthmani. Khalifah juga telah membesarkan jumlah angkatan tentera darat dan laut yang akhirnya banyak memberi kesan terhadap perluasan kuasa dan wilayah Negara Islam sendiri.


KEWAFATAN
Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a wafat pada umur 80 tahun pada Zulhijjah tahun 35H ketika sedang membaca al-Qur’an. Sumber lain ada mengatakan khalifah ‘Uthman wafat ketika umurnya 82 tahun. Beliau telah dibunuh dirumahnya sendiri oleh golongan pemberontak dan jenazah beliau selamat dikebumikan di tanah perkuburan al-Baqi’, Madinah.

Pemerintahan 'Umar Al-Khattab r.a

Zaman pemerintahan Khalifah Umar telah dikenali sebagai Zaman Kegemilangan Islam (The Golden of Age). Khalifah ‘Umar al-Khattab yang juga dikenali dengan gelaran al-Farouq yang bermaksud orang yang dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan dan berketurunan Bani Adi, telah berjaya memerintah selama 10 tahun iaitu dari tahun 634 hingga 644 Masihi bersamaan dengan 13 hingga 23 Hijrah.


PENCALONAN
Sebelum khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a wafat, beliau mencalonkan nama seorang sahabat Rasulullah, Umar al-Khattab sebagai peganti pemergian beliau dalam meneruskan jawatan khalifah. Sebelum itu khalifah Abu Bakar r.a telah berbincang dengan para sahabat yang lain antaranya, ‘Abdul Rahman bin ‘Auf dan ‘Uthman bin ‘Affan yang kedua-duanya merupakan golongan Muhajirin, serta Usayd bin Hudayr yang daripada kalangan golongan Ansar.

Pencalonan yang dibuat ke atas Umar bukanlah disebabkan hubungan peribadi, tetapi bertujuan untuk meneruskan dasar pemerintahan Madinah yang telah mecapai kejayaan yang besar sepanjang pemerintahan khalifah Abu Bakar diatas berkat pertolongan ‘Umar selaku penolong kanan khalifah, penasihat dan juga kadi pada masa itu. Tambahan pula, ‘Umar mempunyai kebolehan dan kualiti kepimpinan yang tinggi selain pengorbanan yang banyak dilakukan beliau sepanjang pengislaman beliau. Setelah mencapai persetujuan ramai, semua para sahabat membai’ah ‘Umar dan diikuti oleh orang ramai. Selesai upacara perlantikan, ‘Umar berdiri diatas mimbar untuk menyampaikan ucapan dasarnya. Antara isi yang terkandung dalam ucapan itu adalah :

“Adalah dibandingkan kaum Arab ini seperti seekor unta jinak yang diberi tali. Unta ini akan menurut siapa yang memandunya. InsyaAllah saya akan membawa kamu kejalan yang benar.”

Akhirnya Saidina ‘Umar al-Khattab r.a menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dimana beliau merupakan khalifah kedua di dalam Khulafa al-Rasyidun.



SUMBANGAN

Antara sumbangan terbesar beliau ialah pembahagian yang dibuat oleh beliau keatas wilayah-wilayah Islam kepada beberapa bahagian iaitu Kufah, Basrah, Syam, Jazirah (Mesopotamia) Mausil, Yaman dan Bahrain. Beliau melantik beberapa orang pegawai disetiap wilayah yang terdiri daripada seorang wali (Gabenor), seorang Setiausaha, pegawai di Jabatan Tentera (Khatib al-Diwan), pegawai Pemungut Cukai (Sahib al-Kharaj), pegawai Polis (Sahib al-Shurtah), pengurus Perbendaharaan Negara (Sahib Baitulmal), dan Ketua Hakim (Kadi). Khalifah ‘Umar juga telah menubuhkan institusi Baitul Mal yang berfungsi sebagai pusat penyimpanan harta kerajaan dimana, sumber-sumbernya diperoleh daripada Zakat, Ghanimah (harta rampasan perang), Fai (harta rampasan tanpa perang), Jizyah (cukai perlindungan), Kharaj (cukai tanah), Usyur (cukai perniagaan) serta harta peninggalan orang mati yang tidak mempunyai waris. Dari segi pentadbiran tanah pula, khalifah ‘Umar membahagikan tanah kepada dua jenis iaitu tanah dhimmah, dimana ia merupakan tanah yang bertuan dan tanah sawafi iaitu tanah yang tidak bertuan. Tanah dhimmah diuruskan oleh pemilik asalnya manakala, tanah sawafi diuruskan oleh mereka yang dilantik daripada golongan ahl-ayyam iaitu golongan peneroka dan tanah ini tidak boleh dibeli mahupun dimiliki sesiapa untuk mengelakkan berlakunya perpecahan.



KEWAFATAN
Khalifah ‘Umar al-Khattab r.a telah wafat sewaktu umurnya 63 tahun pada hari Rabu bersamaan 25 Dzulhijjah 23 H/644 Masihi ketika beliau menjadi imam solat di Masjid al-Nabawi, Madinah. Beliau ditikam sebanyak enam kali oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah kerana dendam peribadinya terhadap khalifah. Khalifah ‘Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan selamat dikebumikan bersebelahan dengan makam Nabi Muhammad s.a.w dan makan Saidina Abu Bakar r.a.