Sunday, October 31, 2010

Rintihan Jiwa

Ketika saya sibuk mengosongkan seboleh mungkin muatan hard disk (D) saya, saya ternampak satu folder bernama 'My Music'. "Ha, mungkin inilah antara punca 'berat' kot ..", bisik hati saya. Sesudah membuka folder ini, maka tersenarai la dengan banyaknya lagu-lagu termasuk nasyid yang pernah menjadi koleksi abadi saya sejak mempunyai komputer persendirian.

Laju sahaja jari ini menekan button 'Delete' di papan kekunci, membuang beberapa jumlah lagu sekaligus. Habis selesai semua lagu saya buang, maka yang tinggal hanyalah lagu-lagu nasyid, pelembut sanubari.

"Em..nak buang ke tak nak ye? Sayangnya..huhu. Takpe lah, delete je la. Lainkali upload baru. Hehe..", bisik hati saya lagi. Saya membuat keputusan muktamad setelah memikirkan lagu-lagu nasyid ini, saya telah buat salinan kedua di pendrive ayah. Satu-persatu saya delete, perlahan-lahan.

Kecuali lagu yang satu ini sahaja yang saya putuskan untuk simpan. Mungkin kerana ia lagu pemberian dari seorang sahabat. Lagu yang diberi beliau disertakan sekali dengan lirik. Saya sangat hargai kenangan ini. Terima kasih, sahabat.

------------------------------------------
Judul : Rintihan Jiwa
Album : Kedamaian
Munsyid : Zulfan

Di dalam dada ada rasa cinta kita
Di dalam jiwa ada rasa sayang bertakhta
Keluhan hamba pasrah hanya padanya
Kerna dia adalah pencipta segala

Di dalam dada ada rasa cinta di dalam jiwa ada rasa sayang
Keluhan hamba pasrah hanya padanya kerna Dialah Pencipta segalanya

Cintailah setulusnya semurni sufi beruzlah
Meratap menagih maghfirah dari tuhannya
Sejernih embun menitis sesejuk salju memutih
Bagaikan iman yang disirami takwa

Tuhan rahmatmu menggunung kasihmu abadi
Tiada penghujungnya
Tuhan hinanya hambamu mengecapi nikmat tanpa rasa malu
Walau secangkir syukurku di nodai dosa hiasan hidupku

Lagu:Abg Long/Mat Jan
Lagu :Abg Am / Anas

-----------------------------------------
credit to : Muhammad Amin Muhammad Salleh :)

p/s : Kalau berhajat untuk mendengar lagu ni, sila klik di sini : http://wochymochy.tumblr.com/

Thursday, June 10, 2010

oVersea di buMi Malaya

"Mujahid, cuba sebut Cameron Highland", tiba-tiba ayah bersuara.

"Em..Cameron Highland" , balas Mujahid, adik bongsuku.

"Bukan..Cameron Highlands..ada 's' dihujungnya..tahu tak kenapa ada 's'..?"

"Tah.hehe", sengih ayid (panggilan manjanya).

"Sebab sini bukan satu ja Highland..but more than one..hehe.."

--------------------------------------------------------------------------

Okay. okay..! Bulan June kan sekarang? Ai..takkan dah lupa kot. Bulan kegemaran budak-budak sekolah. Hehe.. Apa lagi kalau bukan SCHOOL BREAK..!!! =)

So kali ni aku sekeluarga diberi peluang untuk pergi menjejak kaki ke Cameron Highlands walaupun masa yang diperuntukkan hanyalah sehari. Eh, jap. Tak sampai sehari pun. Sungguhpun begitu, kehangatan keseronokkan tu dirasai seolah-olah kami berada di situ selama 3 hari 2 malam.

Lebih baik begitu kan? Daripada berhari-hari tapi manis keseronokkan itu seolah hilang entah ke mana. Duit dan masa lebih banyak terbuang dan takut-takut mungkin itulah pelaburan yang paling teruk yang pernah kita lakukan. Hehe. Ape-ape pun, KEBIJAKSANAAN dalam PERANCANGAN itu lebih penting.

Actually, ni kali kedua buat family ku kesini. Cuma nya, pada kali pertama..dua orang lagi Mujahideen belum sempat dilahirkan ke dunia lagi..(Muhammad Salikin and Mujahid)..aku pun ketika itu baru berumur 6 tahun..hehe.

Aku tepekkan la beberapa gambar mana yang sempat untuk tatapan...ngeee ^_^





Last, hehe...


Saturday, February 20, 2010

tips setia dalam berCINTA...?

"aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yg setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia

aku memang pencinta wanita
yg lembut spt dia
ini saat ku akhiri semua
pencarian dalam hidup
cintaku ternyata aku mau hanya dia

ku tak mau menjanjikannya

pasti bahagia bila denganku
biar dia rasakan sendiri
betapa gilanya cintaku "

Amboi bukan main seronok lagi budak kecil ni menyanyi. Aku hanya mampu tergelak melihat jenaka anak buah kawanku ini. Umurnya baru memasuki 4 tahun. Amni namanya. "lagu pecinta..", usik kawanku sambil tersengih pada anak buahnya. Budak mentah ni sudah pandai menyanyi lagu cinta.hehe.

Tiba-tiba aku terasa ingin bertanya sesuatu padanya. Aku pun bisik pada kawanku, "Eh, cuba tanya dia..pe makna cinta yang dia dok nyanyi tu..hehe". Kawanku dengan serta merta terus bertanya pada si anak kecil itu. "Amni..amni nyanyi apa tu. Maklang dengar ayat bercinta..cinta tu apa maknanya ye, Amni ?"

"Cinta tu bahaya", balas Amni spontan sambil bernada riang.
"Yeke, kenapa bahaya lak?"
tanya 'Maklang' Amni.
"Cinta itu bahaya..dunia dan akhirat" balasn
ya lagi dengan nada selamba seolah tidak memahami soalan.

Kami berdua terdiam.

"Amni, siapa yang cakap kat Amni mcm tu..?", tanya kawanku lagi.
Amni diam tanpa respon.
"Amni fikir sendiri ye..?"
Amni angguk perlahan. Lalu sambung menyanyi lagu 1,2,3 pula.


Bagi aku, fahaman awal istilah cinta kanak-kanak semua sama.
Dulu masa aku kecil pun, bila sebut 'cinta' ja, apa yang aku faham adalah cinta antara lelaki dan perempuan.

Apa yang amni sebut dalam diam aku setuju dengannya. Cinta tu tak bahaya pun sebenarnya. Tp ia jatuh hukum bahaya apabila hampir seluruh hidup diserahkan hanya untuk cinta (antara lelaki dan wanita) semata sehinggakan perasaan ini menguasai segala tindak-tanduk.

Saat itulah apa yang wajar dikatakan tak wajar, yang tak wajar dikatakan wajar. Sehinggakan hampir-hampir yang halal dikatakan haram, yang haram dikatakan halal.
Perkara ni tak mustahil ja terjadi hatta terhadap diri sendiri bilamana nafsu melebihi akal yang waras dan bilamana iman gagal mengawal bisikan nafsu.


Tepuk dada, tanyalah iman.

Saturday, January 30, 2010

KULAT hujan tahun

Genap seminggu aku stay kat rumah sewa bersama sahabat2 baru yang juga merupakan pekerja di tempat yang sama aku bekerja. Tidak seperti yang aku jangka, perkenalan singkat itu membuahkan pelbagai cerita antara kami. Dan diantaranya, kisah sang kulat hujan tahun ini..hehe.

Oh ye, lupa nak beritahu, kebetulan aku la ahli rumah yang termuda dikalangan semua dan jarak umur aku dan rakan2 amat jauh. Tapi itu bukan menjadi masalah. Malah mungkin asbab kami menjadi sedikit akrab. Yela, aku dengan cerita dunia zaman ku..dan mereka dengan cerita dunia zaman mereka. Dan ada perkara2 yang tak pernah dilalui mereka, aku lalui. Begitu jugalah sebaliknya..dari situlah kami saling bertukar cerita..

KULAT atau lebih dikenali sebagai cendawan...secara jujur aku just kenal cendawan yang dijual di kedai2 ja. Tapi, menurut cerita ibuku, dan salah seorang kawan serumah ku ( a.k.a generasi sebelumku..) , time diorang kecil dulu, tiap kali lepas hujan ja, cendawan mesti tumbuh and diorang akan petik / cabut (aku x pasti istilah mana paling sesuai) cendawan tu dan masak. Kebetulan cendawan tu memang tumbuh belakang rumah ja..(macam seronok ja..hehe.)

So hujung minggu tu, aku dan salah seorang kawanku turun ke pasar untuk beli lauk basah..dan mungkin rezeki aku, kitorang terjumpa kulat ni dijual kat pasar..aku la yang paling excited sebab akhirnya aku dapat gak melihat rupa sebenar kulat yang diperkhabar2 kan dulu.hehe. Maka kitorang pun beli dan masak..

Cara basuh cendawan ni lain sikit..aku tak tahu macam mana nak cerita dalam penulisan camni..(i'm sorry my friends..huhu)..and aku terlupa nak snap pic time membasuh kulat tu.huhu. Tapi jangan risau, aku sempat snap pic kulat tu tapi yang dah siap masak gulai la...hehe..hope u'll enjoy..peace !!!


p/s :: title post ni aku ambil sempena nama kulat ni (menurut akak housemate aku la..huhu)
special credit to >> siS r0haya (k ya) and siS n0r aziLah (k ziLa)

Thursday, January 7, 2010

alhamduLillah..hehe

Selesai segala semester study, selesai kursus kawin, selesai praktikal, selesai segala yuran study..sudaah! selesai semua sudaaaah...!! wah3..konvo pula lambt lagi..muet nye result masih tak nak keluar lagi..nak apply ipta takleh lagi la gamaknye..(p/s: nak tawen pun taleh lagi, sijil tawen den terlupa nak amek.hahahha)


so bile ade yang bertanya status aku sekarang..maka dengan selambe aku menjawab
"baru je habis study..." huhu...

akan tetapi jikalau kemudiannya pertanyaan disambung kepada...
"so watpe ja sekarang? tak kerja??"..


huhehu..serta merta aku menjadi kaget, sedikit terkaku..dan mungkin juga terkelu..lantas aku memutuskan untuk jawab "insyaALLAH akan dirundingkan..ekeke..." atau "tengah cari la ni sebenarnya..kerja part tym..hehe"


adeh.segan lak kalau org bertanya sal kerja ni.
Suatu kemestian kah bekerja selepas habis study???

Akhirnya..soalan tu terlepas gak untuk aku taip kat sini.haha.kalau aku tanya soalan ni kat public, takut diorg fikir lain lak..bagi aku, idak ler wajib nk terus koje.. stay kat rumah pun okay what..belajar ilmu masak lebih sikit..menjahit ke...tolong kemas2 rumah ke..aii mana la tahu sebagai persediaan untuk dot dot dot... (sila isi sndri..haha) ... di samping ringankan beban mak ayah gak..ngeh3.. dan tak lupa juga berbakti pada adinda2 yang masih bersekolah...hehe..

Walaubagaimanapun..keinginan nak kerja tu masih lagi tersisa kat jiwa aku ni..haha..kata pun anak jati Malaysia..takkan la tak nak berbakti pada negara..(haha..ayat penuh mendalam ni..)
paling lekeh pun dapat gak masuk income..hehe..leh simpan untuk tujuh keturunan aku lepas ni..ekekekkeke...

kalau boleh, niat dihati memangla nak mohon kerja yang ada kaitan dengan bidang yang diceburi..tapi kalau tak da rezeki..tak mengapa la...sebab aku hanya layak apply kerja takat espiem ja wat masa sekarang..sebab belum lepas konvensyen lagi..huahua..

takpa..yang penting..bak lagu amy :: happy (haha..tibee...) =P






Jangan Lupa Lirik..ekekeke

Memandangkan aku ni sometimes suke jugak melalak sorang2 even tak pernah jejak ke tempat karaoke..that's y la rancangan ni antara my favourite..hahaha..di samping memang 'listening music' tu antara hobby aku..(buat perkara lagho la ang ni!!huhu)

sengaja aku nak post something yang aku dapat dari rancangan En Aznil ni..ekeke. Ada satu lagu nyanyian k Ziana Zain yang telah berjaya membuatkan aku terasa nk go0gle pasal lirik dia..maybe sebab lirik dy aku rasa berisi..and nak share kat sini..ngeh3..

sorilah kalau sebenarnya aku agak terkebelakang pasal lagu ni..sebab lagu ni 1st time aku dengar..haha..walaupon sebenarnya (honestly) rentak dia tak berapa best..al-maklumlah lagu ni pun dipertandingkan dibawah tajuk JOGET..(den memang tak bapo nak konan..hehe)..



KALAU MENCARI TEMAN :: Ziana Zain

Kisah Duka Ulang Berulang
Hati Luka Cinta Kecundang
Bagaikan Bunga
Kembang Dipuja
Layu Dibuang

Bercintalah Berpada-Pada
Usah Serah Segala
Turutkan Hati
Turutkan Rasa

Demi Masa Depanmu
Berhati-Hati Selalu
Kaji Asal Usulnya
Jangan Sampai Terpedaya

Dari Kau Bercinta-Cinta
Baiklah Berumah Tangga
Kalau Mencari Teman
Janganlah Memandang Luaran
Cari Yang Beriman

Terlajak Perahu
Ditarik Semula
Terlajak Tindakan
Menyesal Sepanjang Siangan

----
Bercintalah Berpada-Pada
Usah Serah Segala
Turutkan Hati
Turutkan Rasa

Diri Sendiri Akan Binasa


Friday, November 27, 2009

Harga Sebuah Pengorbanan

Da lama tak berkesempatan untuk post something on my blog.. Sori to all.. Apa-apa pun dikesempatan mulia ini saya mengucapkan Salam Eidul Adha pada semua..