Thursday, January 7, 2010

alhamduLillah..hehe

Selesai segala semester study, selesai kursus kawin, selesai praktikal, selesai segala yuran study..sudaah! selesai semua sudaaaah...!! wah3..konvo pula lambt lagi..muet nye result masih tak nak keluar lagi..nak apply ipta takleh lagi la gamaknye..(p/s: nak tawen pun taleh lagi, sijil tawen den terlupa nak amek.hahahha)


so bile ade yang bertanya status aku sekarang..maka dengan selambe aku menjawab
"baru je habis study..." huhu...

akan tetapi jikalau kemudiannya pertanyaan disambung kepada...
"so watpe ja sekarang? tak kerja??"..


huhehu..serta merta aku menjadi kaget, sedikit terkaku..dan mungkin juga terkelu..lantas aku memutuskan untuk jawab "insyaALLAH akan dirundingkan..ekeke..." atau "tengah cari la ni sebenarnya..kerja part tym..hehe"


adeh.segan lak kalau org bertanya sal kerja ni.
Suatu kemestian kah bekerja selepas habis study???

Akhirnya..soalan tu terlepas gak untuk aku taip kat sini.haha.kalau aku tanya soalan ni kat public, takut diorg fikir lain lak..bagi aku, idak ler wajib nk terus koje.. stay kat rumah pun okay what..belajar ilmu masak lebih sikit..menjahit ke...tolong kemas2 rumah ke..aii mana la tahu sebagai persediaan untuk dot dot dot... (sila isi sndri..haha) ... di samping ringankan beban mak ayah gak..ngeh3.. dan tak lupa juga berbakti pada adinda2 yang masih bersekolah...hehe..

Walaubagaimanapun..keinginan nak kerja tu masih lagi tersisa kat jiwa aku ni..haha..kata pun anak jati Malaysia..takkan la tak nak berbakti pada negara..(haha..ayat penuh mendalam ni..)
paling lekeh pun dapat gak masuk income..hehe..leh simpan untuk tujuh keturunan aku lepas ni..ekekekkeke...

kalau boleh, niat dihati memangla nak mohon kerja yang ada kaitan dengan bidang yang diceburi..tapi kalau tak da rezeki..tak mengapa la...sebab aku hanya layak apply kerja takat espiem ja wat masa sekarang..sebab belum lepas konvensyen lagi..huahua..

takpa..yang penting..bak lagu amy :: happy (haha..tibee...) =P






Jangan Lupa Lirik..ekekeke

Memandangkan aku ni sometimes suke jugak melalak sorang2 even tak pernah jejak ke tempat karaoke..that's y la rancangan ni antara my favourite..hahaha..di samping memang 'listening music' tu antara hobby aku..(buat perkara lagho la ang ni!!huhu)

sengaja aku nak post something yang aku dapat dari rancangan En Aznil ni..ekeke. Ada satu lagu nyanyian k Ziana Zain yang telah berjaya membuatkan aku terasa nk go0gle pasal lirik dia..maybe sebab lirik dy aku rasa berisi..and nak share kat sini..ngeh3..

sorilah kalau sebenarnya aku agak terkebelakang pasal lagu ni..sebab lagu ni 1st time aku dengar..haha..walaupon sebenarnya (honestly) rentak dia tak berapa best..al-maklumlah lagu ni pun dipertandingkan dibawah tajuk JOGET..(den memang tak bapo nak konan..hehe)..



KALAU MENCARI TEMAN :: Ziana Zain

Kisah Duka Ulang Berulang
Hati Luka Cinta Kecundang
Bagaikan Bunga
Kembang Dipuja
Layu Dibuang

Bercintalah Berpada-Pada
Usah Serah Segala
Turutkan Hati
Turutkan Rasa

Demi Masa Depanmu
Berhati-Hati Selalu
Kaji Asal Usulnya
Jangan Sampai Terpedaya

Dari Kau Bercinta-Cinta
Baiklah Berumah Tangga
Kalau Mencari Teman
Janganlah Memandang Luaran
Cari Yang Beriman

Terlajak Perahu
Ditarik Semula
Terlajak Tindakan
Menyesal Sepanjang Siangan

----
Bercintalah Berpada-Pada
Usah Serah Segala
Turutkan Hati
Turutkan Rasa

Diri Sendiri Akan Binasa


Friday, November 27, 2009

Harga Sebuah Pengorbanan

Da lama tak berkesempatan untuk post something on my blog.. Sori to all.. Apa-apa pun dikesempatan mulia ini saya mengucapkan Salam Eidul Adha pada semua..





Monday, October 12, 2009

Sah ke..??

"Dulu time abg first2 nk kawin dengan isteri abg, tau tak apa soalan first isteri abg tanya..?", ujar seorang lelaki padaku.


"Em isteri abg tanya apa..?", aku soal semula atas rasa ingin tahu.

"Dia tanya abg, awak boleh baca qur'an x..?"

"Pastu abg jwb ape?", tibe2 aku terasa gelojoh pula.keinginan untuk tahu mula membuak2..Abg? alamak..takpela.Wpon aku agak kekok, aku memaksakan diriku untuk memanggil dy abg sbb dy awal2 lagi dah membahasakan dirinya abg...

"Abg jawab la, boleh..then dia bagi Quran suruh abg baca.. abg pun try baca surah fatihah dari bismillah sampai habis..Diorang cakap betol..sebab, sahnya solat membaca al-fatihah", sambung lelaki tuh.

"Ok..how about solat?"

"Lepas itu, dia pon suruh abg solat..dari rakaat pertama sampai akhir..Sebab, Allah taala menghisab solat kita, bukan harta kita..bukan haji kita. Patutla solat jadi ukuran", sambungnya lagi.


"Owh..", respon singkat dari aku. 'Bagus isteri dia ni..untungnya dia..', hatiku berbisik. Cuma soalan first isteri dia berbeza dengan sedikit dengan soalan 1st aku dlu. First soalan yang biasa aku akan tanya adalah pasal solat dulu..then baru soalan reti atau tidak membaca Quran.

Yang sebenarnya, aku sengaja papar kisah perbualan aku dengan lelaki itu kat sini sebab aku nak higlight kan disini bahawa, untuk pengetahuan kawan2 sekalian...kalau tak betul bacaan fatihah dalam solat, solat itu tidak dikira sah..huhu..maksud ayat BETUL BACAAN itu, ialah 100% betul dari segi tajwid dan bunyi makhraj hurufnya..

So lepas ni boleh la masing2 ketemu sama ustaz mahupun mana2 ustazah untuk semak bacaan fatihah korang..untuk membolehkan solat korang dikira sah..( Bacaan fatihah yang betul adalah salah satu syarat sah solat)


p/s :: Sebenarnya aku pun baru je tahu sal ni.. Next Week aku pergi kursus bacaan Al-Fatihah di Seberang Perak, Perak Darul Makmur..yeaahaa =)

Sunday, September 27, 2009

beSt s0ng..

Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum
We'll take our fights with them
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
We'll go as groups to stop them
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
We'll return our slain rights (territories)
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum
With all force we'll push them out

Bisilaahil haqqil battari
By the weapon of truth (meaning that they are the people who have the right, the right will always go back to its owners one day, no matter how long wrong lasts)
Sanu harriru ardhal ahraari
We'll free the land of the frees (meaning that their dignity always made them free)
Wanu`eedul tuhraa ilal qudsi
We'll return the pureness of Islam to Al-Quds (meaning it wasn't pure under non Muslim leadership)
Min Ba`didh-dhuli wadhal `aree
After our weakness our humiliation

Wa sanamdhi Nadukkum-Ma'aqilahum
We'll carry on bring down their fortresses
Bi dawyyin Daamin Yuqliquhum
With strong sounds that will scare them
Wa sanam hul `ara' Bi`ayy-deena
We'll erase our humiliation by our own hands
Wa biqullil quwwati Narda'uhum
With all force we'll stop them

Lan Nardha Bijuz-in Muhtallin
We'll never accept a slain part of our lands
Lan Natruka Shibral-lildh-dhulli
We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with
Satamourul ardhu Wa tahriquhum
The Earth will burst in flames and burn them
Fil ardhi Baraakeenun Taghli
In Earth there is volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain rights taken)

Artist: Tariq Jabir

Saturday, September 26, 2009

Mangkuk Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., dan 'Ali r.a., pergi bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a, isterinya Sayidatina Fathimah, puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk Yang Cantik, Madu, Dan Sehelai Rambut).

Abu Bakar r.a. berkata,
"Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata,
"Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

Uthman r.a. berkata,
"Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata,
"Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha. pula berkata,
"Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata,
"Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amalan yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata,
"Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman,
"Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Wednesday, September 23, 2009

Hari Kemenangan Umat Islam

I juz wanna wish "Selamat Hari Raya Aidilfitri" for all my friends..n mohon maaf zahir dan batin andai aku ada salah dan silap..oh sebelum terlupe nk inform, ni picca family kitorang plus atok n nenek belah ayh..hehe..sweet x?hehe..tema kaler raye thun ni lebih kurang antara ungu takpon biru..tapi tu la..ada sorang sesat berbaju coklat kerna bliao nak gak pakai coklat.haha..